Photobucket

...My BesTFRieNDs...

...My BesTFRieNDs...
...PErsaHABaTan YaNG seJAti tiDAk mUnGKin aKAn bERLaLu PerGi...

Monday, December 28, 2009

_MEMORY midJIEWERda_

19 Disember 2009 bersamaan dengan 2 muharram 1431.. hari yang bermakna, saat yang terindah.. kalau mengikut kalendar islam, genaplah setahun jiewer bersatu sebagai buah hati.. dan jika mengikut kalendar masehi, jiewer ni baru saja berusia 8 bulan.. muda lagi.. hehehe..:)

1st meet sudah berlalu.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan.. JIEWER kini benar-benar sudah bertemu! Comel la buah hati saya.....(^,^)












Keychain saya dan meet-G.. tu 1st time keychain tu disatukan kembali taw.. background tu meja makan dirumah saya.. hehehehe... cuma 3 hari jiewer bertemu.. namun dalam tempoh sesingkat itu, jiewer sudah boleh tersenyum puas dengan memori yang tercipta bersama.. insyaallah akan ada memeri-memori yang bakal tercipta bersama lagi dikemudian hari.. doa-doakan ya... jum ikuti kisah2 seterusnya...(^,^)



Ni 1st day meet-G dan syafiq@abang long menjejakkan kaki dibumi Labuan.. memandangkan masa percutian dorang amat singkat, 1st day sampai sudah bawa jalan-jalan.. niat dihati sampai airport ja terus maw ambil gambar tapi hajat tidak kesampaian sebab masing-masing pun masih lagi malu-malu dan berkomunikasi agak shy-shy cat gitu.. hehehe.. saya ditemani oleh Mazline dan 3 orang anak buah pergi jemput diorang ni di airport.. menggigil seluruh badan maw jumpa buah hati buat kali pertama.. senyuman pertama meet-G secara 'live' benar-benar membuat saya cair.......... hahahahaha... ntah pa-pa saya ni..:p



ini 1st dinner with family.. sebenarnya ni suda 2nd meet dengan family taw.. petang sebelum dinner ada buat perjumpaan kecil-kecilan di pohon batu.. cepat ja masa tu berlalu.. terasa rindu pula pada saat ni.. alhamdulillah family pun seronok sepanjang meet-G dan abang long berada di Labuan.. best3... hehehehe... yang lucu sangat tu, papa pakai baju terbalik masa ni.. waaa semua orang kasi ketawa papa saya taw.. papa pun malu2 tapi tetap control handsome depan semua.. kesian papa saya.. anyway, thanx a lot for him.. kalau bukan papa, mungkin kami hanya makan di rumah..(^,^) penatlah saya maw masak nanti.. hehehe..



haaa.. ini 2nd day meet-G at Labuan.. plan asal maw jalan-jalan dari pagi sampailah ke petang.. tapi disebabkan ada beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, kami jalan-jalan pada sebelah petang sampailah ke malam..
hendak memanjangkan dan mendetailkan story, pagi itu saya hanya duduk dirumah dan dorang berehat-rehat di resort.. tidak pula saya tahu apa aktiviti dorang sepanjang pagi tu.. yang saya tahu, dari jam 10 pagi, saya sibuk menyediakan makanan tengahari.. 1st time buah hati maw makan masakan saya tu.. hehehe.. pergerakan menjadi lambat, lidah tidak tentu rasa, hati berdebar-debar.. waaa akhirnya saya berjaya juga menyiapkan 4 hidangan dalam masa 2 jam 30 minit.. lama tu.. hehehehe..
lebih kurang jam 1.30 petang, meet-G dan Syafiq sudah pun berada di rumah saya.. selepas makan, dorang duduk bersembang dengan mama dan papa.. terdetik rasa gugup di hati melihat buah hati berborak dengan mama papa.. hanya doa dalam hati semoga mama papa berkenan la dengan si pilihan hati.. alhamdulillah semuanya pun berjalan lancar.. HAPPY!!(^,^)



last day.. huhuhu.. hari yang amat berat untuk saya dan meet-G.. namun, pagi itu masing-masing seakan menyembunyikan perasaan berdebar-debar untuk dipisahkan oleh sebuah pesawat air asia.. waa benci betul..! kalaulah saya ada kuasa untuk menunda masa penerbangan sesuka hati.. huhuhu.. gambar ini diambil selepas sarapan, sebelum meet-G dan syafiq pergi airport.. makasih papa.. sporting habis papa melayan karenah meet-G.. yang buat saya terpaku, bila papa tanya maw bergambar di mana, dengan selambanya meet-G menjawab "papa duduk kat situ..errr pakcik...." hahahaha... buah hati saya nampaknya kurang kesabaran untuk menggunakan panggilan "papa" tu.. malu betul!=p



selepas dari rumah, kami menuju ke airport untuk membuat pengesahan tiket (check-in).. kemudian, kami keluar membeli-belah di sekitar bandar labuan.. destinasi terakhir pada pagi itu adalah di pejabat mama.. padahal waktu itu hanya tinggal 25 minit saja lagi sebelum kapalterbang berlepas.. mama pun mula panik dengan memarahi saya.. "sudah jam berapa ni belum pergi airport? mana boleh check-in lagi ni.." dan dengan penuh kesopanannya saya menjawab "sudah check-in ma.. tinggal masuk flight ja lagi.." mama dengan perasaan lega membenarkan kami singgah disana dalam lebih kurang 5 minit untuk menjalankan sesi fotografi.. dan selepas itu, kami terus memecut laju menuju ke airport..(^.^)



gambar ini sebenarnya diambil sewaktu check-in iaitu 2 jam sebelum penerbangan.. gimik ja ni letak last-last.. untuk cover story laa.. disebabkan masa terlalu suntuk, tidak terlintas di fikiran untuk mengambil gambar di saat-saat akhir tu.. walaubagaimanapun, semuanya masih jelas dalam ruangan fikiran.. semuanya seakan berlaku terlalu pantas.. masa terus berputar tanpa sedikit pun rasa belas kasihan.. sedar tidak sedar, kini segalanya sudah menjadi 1 kenangan.. kenangan yang membawa seribu pengertian.. kenangan yang menggalas berjuta impian.. juga kenangan yang bakal memenuhi sebuah harapan..

ceritera cinta 3 hari bersamamu meet-G.. tidak mungkin padam dari memori.. ramai yang berkata 'cinta kita cinta segera'.. segera mana rasa sayang itu tiba, kini tidak lagi menjadi persoalannya.. walau pada mulanya kita bertemu di alam fantasi, kini kita bersatu di alam realiti.. kerana yang pasti,
CINTA INI ANUGERAH ILAHI.... RAHMAT BUAT INSAN YANG MENGERTI...
sampai bertemu kembali meet-G.. (^,^)

p/s : kawan-kawan... doakan kebahagiaan kami ya.. semoga hubungan ini sampai syurga.. amin..

Tuesday, December 15, 2009

KENANGAN BAKAL TERCIPTA

Sudah lama aku tinggalkan blog ni.. Rasanya tiada apa yang perlu aku kabarkan pada teman-teman.. Semua yang berlaku biasa-biasa sahaja.. Tiada yang istimewa..

Namun, beberapa hari lagi mungkin sesuatu yang sangat bermakna akan berlaku dalam sejarah hidupku.. 1 kenangan akan tercipta antara aku dan Meet-G.. Hanya tinggal 4 hari saja lagi untuk buah hatiku menjejakkan kaki ke pulau indah ini.. Semoga Allah melancarkan perjalanannya dan meredhakan pertemuan kami... Doa dari kalian amat aku hargai..(^,^)

Pada mulanya aku hanya ingin kabarkan pada kalian setelah kami berjumpa.. Namun tidak sabar rasanya untuk aku memberitahu kalian tentang kehadirannya.. Hehehe..

Sampai bertemu lagi... Akanku kabarkan pada kalian pertemuan kami nanti ya..... Salam teman....

Sunday, October 18, 2009

PENGERTIAN....

Entah mengapa hati ini mula berbicara..
Ada jurang antara kita..
Pemisah jarak bukan halangan dan sebabnya..
Masa yang cemburu dan tidak mengizinkan kita bersama..
Walau untuk mendengar suara cuma..

Dendangan rindu mengalun merdu..

Limpahan kasih bersulamkan sayang..
Adakalanya hatiku cemburu..
Mengapa begitu sukar ku gambarkan..
Betapa sakit menanggung sebuah penantian..


Mungkin aku sendiri yang keliru..

Kesibukan dan tiada kesempatan..

Memaksa aku menahan perasaan..

Dan aku fahami..

Kita punya rindu yang sama..

Terima kasih sayang...

Atas sebuah Pengertian..

Moga kau tahu..

Kasih ini takkan pernah pudar..=)

Sunday, August 9, 2009

MAT PATAH KAMPUS BERTAMBAH..!!!

"Wer, aku and Hajar nak gi men volleyball pulak ni.. Siap netball, ko gi join kitorang k.."
Maria, kawan aku yang ala-ala bos memberikan arahan.. Suka hati dia ja suruh aku tunggu players ni habis main.. Mau tidak mau, suka tidak suka, aku pun ok kan ja la...

Semangat juga para siswi kampus aku ni bersukan.. Aku yang sememangnya gemar sukan bola jaring, sangatlah happy melihat sukan ini mendapat sambutan hangat oleh para siswi.. Niat murni aku untuk menaikkan semula nama persatuan ini, insyaallah bakal terlaksana.. Andai setiap minggu aku adakan latihan, para siswi akan datang berpusu-pusu sebegini.. Fuhhh.. Sempat juga aku berangan.. Amin.. Amin.. Amin.. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan segala urusan..

Tepat jam 5.45 petang, perlawanan suka-suka pun tamat.. Aku, ala-ala coach lagaknya dengan selamba menasihati adik-adik junior, siswi-siswi yang seangkatan denganku dan tidak lupa kepada kakak-kakak senior, supaya mereka memanaskan badan sebelum bermain dan membuat sedikit senaman penyejukkan badan selepas bermain.. Tidak ketinggalan, ada yang ku pesan supaya memakai kasut.. Berkaki ayam atau berselipar sangatlah membahayakan diri sendiri.. Akhir sekali, sempat juga aku memberitahu bahawa latihan akan diadakan setiap hari.. Kalau ada masa, bolehlah ikut serta.. Tidak lupa ku ucapkan terima kasih pada mereka.. 'Susah-susah saja' bak kata Felix Af3.. Hehehe...

Selesai mengemas 'bips' dan mengumpul bola, aku meneruskan langkahku ke gelanggang volleyball.. Walaupun penat bermain bola jaring, namun aku masih mahu bermain bola tampar.. Tidak lama lagi, kampusku akan menganjurkan pertandingan tertutup untuk para siswa dan siswi.. Aku dan rakan-rakan pasti tidak mahu ketinggalan..

Dari luar gelanggang, ku lihat Maria dan Hajar tengah kusyuk bersukan.. Aku pun mempercepatkan langkah masuk ke dalam kawasan gelanggang.. Niat dihati mau join diorang.. Ada abang senior juga yang kebetulan ternampak aku masih menjenguk-jenguk, memanggil aku agar segera turut serta.. Aku berlari-lari anak ala-ala gaya comel yang tidaklah secomel mana..

Alangkah terkejutnya aku.. Kumpulan yang mereka lawan ini adalah kumpulan lelaki-lelaki patah dan tidak ketinggalan punya teman-teman 'sepatahan' yang turut datang untuk memeriahkan suasana dengan laungan sorakkan.. Waaaa.. Biar betul??? Aku seakan tidak percaya.. Gabungan lelaki patah senior dan junior.. Ramainya........

Sungguh tidak ku sangka.. Mat patah kampusku bertambah.. Kemasukkan pelajar baru kali ini nampaknya ramai juga yang sebegini.. Makin tidak ramai pilihan untuk siswi mencari calon suami.. Hahaha.... Namun, ada baiknya mereka.. Kadangkala, merekalah sahabat yang paling setia.. Tidak pernah cuba menjatuhkan maruah wanita.. Malah merekalah yang menjaga kaum hawa.. Percaya atau tidak, mereka sanggup dihina demi menjaga nama baik wanita.. Kerana aku punya sahabat, dia juga tidak menjaga ketulenannya.. Namun, dia sangat berani bersuara.. Ketika ada pelajar lelaki mengganggu seorang temanku, dialah yang menjadi heronya.. Errrr.... Heroin agaknya.. Huhuhuhu....

Petang itu ku batalkan niatku untuk bermain bola tampar.. Mana mungkin aku bisa lama disana.. Risau andai aku tergelakkan tingkah mereka.. Bukan niat mahu menghina.. Tapi kadang-kadang perlakuan mereka sangat membuatkan aku mudah ketawa.. Takut juga nanti ada yang mudah terasa.. Langkah terbaik...,
"Jar, Ya, aku tak boleh lama.. Balik dulu.. Assalamualaikum....."
Kulangkahkan kaki menuju ke kereta, 'vrooommmmm....' balik rumah....(^.^)


* psstt... gambar tu tiada kena mengena langsung dengan cerita.. hiasan cuma.. hehehehe..

PESANAN SEORANG SUAMI

"Andai saya pergi dulu, kamu jangan kahwin lain ya sayang.. Kalau kamu mau tahu, di akhirat nanti semua pasangan suami isteri akan kekal menjadi pasangan suami isteri.. Dan mereka akan dibangunkan semula sebagai suami isteri tau sayang.. Kalau kamu kahwin lain, nanti di akhirat saya akan menangis lihat kamu dengan lelaki lain.."

Deras air mataku mengalir mendengar setiap butir bicaranya.. Katanya, itu adalah pesanan seorang suami yang patut dipesan pada si isteri setiap hari.. Supaya si isteri tidak lupa, bahawa si suami sentiasa menunggu si isteri untuk bersama kembali..

"Kalau kamu mau tahu lagi, nanti akan ada ramai lelaki menangis melihat isterinya bersama lelaki lain tau sayang.. Kamu jangan jadikan saya salah seorang dari mereka ya sayang.."

Sebak memenuhi ruang dadaku.. Rasa kasih ku padanya hanya Allah yang tahu.. mendengar itu sahaja sudah cukup meremangkan bulu romaku.. Mana mungkin aku akan berpaling.. Sayangnya, aku tidak punya cara untuk mengekspresikan perasaan ini..

"Kalau saya pergi dulu dan kamu kahwin lain?"

Aku cuba menguatkan nada suaraku yang kedengaran sedikit terketar-ketar dan sengau.. Dia tahu aku sedang menahan rasa.. Seakan ada sedikit rasa bersalah dihatinya..

"Kalau lelaki tak apa.. Kan bagus tu.. Ada juga teman kamu nanti disamping saya.."

Dia mula membuka suasana ceria setelah dia berjaya menjerumus aku ke suasana yang hiba.. Aku sedikit tergelak dengan kata-katanya.. 'teman' yang dimaksudkan adalah maduku.. Mana mungkin aku setuju.. Hehehe..

"Yang, walaupun saya boleh dan saya mampu, saya tak akan buat kamu macam tu.. Saya hanya mahu kamu, dan selamanya bersama kamu.. Sampai syurga, sayang.."

Kata-kata itu sangat membuatkan aku terharu.. Suasana hiba, bertukar ceria dan seterusnya mendatangkan bahagia..

Selesai berbicara, sms ku hantar sebagai tanda kasih yang tidak terhingga..

"Sayang, saya mahu hidup bersama kamu, dan dibangunkan semula juga bersama kamu.."

Terima Kasih Ya Allah.. Semoga perhubungan ini sentiasa berada dalam landasan kasihmu.. Amin....

Sunday, August 2, 2009

MEET-G IN WERDA'S HEART

Siapa sangka, perkenalan yang tidak terduga melahirkan rasa kasih yang mendalam.. Saat aku sedang dihimpit kebuntuan, saat dia sedang dilanda badai kesedihan, kami seakan serasi dalam 1 alunan.. Kebuntuan meninggalkan, Kesedihan ditinggalkan.. Kisah yang berbeza, namun dalam 1 melodi yang sama.. Kisah Meet-G in Werda's Heart menyingkap segalanya...

Sebelum mengenali dia, hidup ini seakan drama bersiri yang terlalu banyak dengan kisah pergolakan.. Bukan aku tidak mensyukuri nikmat tuhan, memberikan aku rasa dikasihi dan disayangi oleh seorang insan yang bergelar 'lelaki'.. Namun, kesilapan demi kesilapan yang dilakukan bersama membuatkan aku takut pada bayangan sendiri.. Allah itu maha mengetahui.. Kami seakan alpa dan hanyut dalam mainan perasaan sendiri.. Sudah tentu bukan silap sebelah pihak.. Aku juga turut rasa bertanggungjawab.. Keserasian mungkin tiada dalam perhubungan kami.. Atau boleh jadi, tuhan menyayangi kami dan tidak mahu kami terus hanyut dalam mainan pementasan dunia.. Kini, bertemunya saja, sebolehnya akan cuba aku elakkan.. Pasti dia tahu mengapa dan kenapa aku bersikap sedemikian.. Buat insan yang aku maksudkan, maafkan diri ini andai membuat kau sakit hati.. Semoga kau memahami dan sentiasa diredhai..


Lain pula kisahnya dengan si jejaka.. Perkenalan seawal usia setahun jagung, membuahkan rasa sayang melebihi perasaan abang kepada adiknya.. Teman sepermainan yang pada awalnya dianggap adik, meluahkan rasa kasih pada pertemuan diusia remaja.. Katanya, tiada alasan untuk dia menolak dan dia akur dengan ketentuan Allah.. Namun, entah mengapa setelah beberapa bulan bersama, si kekasih mendiamkan diri secara tiba-tiba.. Puas dia berikhtiar mencari penjelasan yang sebenar.. Memandangkan jarak antara mereka sangat jauh, dia tidak punya cara untuk bertemu sendiri dengan buah hatinya.. Setelah setahun menjadi penunggu setia, dia akur buat kali ke-2 apabila pertemuannya dengan si kekasih menjawab segala persoalan yang bersarang diminda.. Jodoh, pertemuan dan perpisahan adalah kehendak Allah.. Dalam pada itu, dia tidak dapat lari daripada kehadiran wanita seterusnya.. Perkenalan yang diaturkan oleh seorang teman, nampaknya menjadikan dia bersemangat semula.. Namun, sekali lagi entah mengapa keserasian mereka tidak lama.. Allah lebih mengetahuinya dan dia redha.. Bukan salah siapa-siapa.. Itulah yang selalu dia katakan..


Semua yang berlaku adalah sejarah lalu.. Sejarah yang menjadi kenangan buat kami dan akan sentiasa tersusun rapi dalam lipatan ingatan kami.. Aku sedar, aku bukan seorang insan yang baik pada masa laluku.. Siapa sahaja yang berada disampingku dulu, pasti tahu siapa aku.. Walaupun aku dikenali dengan gelaran 'PAPA's GURL' yang berkelakuan agak manja, namun tidak dinafikan aku juga sebenarnya seorang yang jiwanya agak memberontak dan keras kepala.. Pergerakan yang sering dikawal, sering ditegah, selalu dikongkong dan selalu diperhatikan membuatkan aku melakukan sesuatu tanpa pengetahuan ibu bapaku terlebih dahulu.. Sudah aku lakukan, baru aku akan memberitahu mereka.. Walau aku tahu, cara itu pasti akan membangkitkan kemarahan.. Tapi, itu dulu.. Zaman persekolahan.. Zaman muda yang penuh dengan suka duka.. Mewarnai usia remaja, yang kadang kala boleh membangkitkan kerinduan..


Berbeza dengan Kehidupan si jejaka.. Hidupnya rasanya lebih teratur dan bersahaja.. Menghormati orang tua, sentiasa mendahulukan ibu bapa, sudah menjadi kebiasaannya.. Bukan aku tidak menghormati ibu bapaku.. Namun, cara yang ditunjukkan olehnya agak jauh berbeza dengan caraku.. Dia tidak pernah menjawab apabila dimarah, sentiasa mendengar nasihat, lebih banyak mendiamkan diri, dan yang paling membuatkan aku terharu, dia tidak akan membela diri walaupun dia tahu kebenaran berpihak kepadanya.. Waaa..., bagi diriku, jika aku berada dipihak yang benar, aku akan lantang bersuara melontarkan kebenaran.. Dari segi kehidupan seharian, rasanya aku ini agak sosial juga (mengambil kira faktor masih dalam batasan) berbanding dirinya, dia lebih selesa menghabiskan masa dirumah dan sekali sekala, barulah dia keluar menghabiskan masa dengan teman-teman..


Kehidupan yang berbeza, cara hidup yang berbeza, pergaulan yang berbeza, cara didikan yang berbeza, dan minat yang serba-serbi berbeza membuatkan setiap topik perbualan kami menjadi sangat menarik.. Mulanya terdetik rasa dihati untuk tidak memberitahunya siapa aku yang sebenar.. Maklum sajalah, siapa juga yang mahu membuka pekung di dada.. Inikan pula pekung di dada sendiri.. Namun, entah mengapa aku seakan tidak segan untuk bercerita kepadanya.. Dan dia juga tidak teragak-agak memberitahu siapa sebenarnya dia.. Hari-hari yang berlalu seakan sepi tanpa berita darinya.. Sebetulnya, yang aku rindu itu bukan dia.. Kata-kata nasihat, gurauan dan loghat bahasanya itu yang membuatkan aku tertunggu-tunggu..


Mengenali dia bukanlah suatu perkara yang dirancang.. Perkenalan kami tidaklah seindah mana.. Tidak pula seteruk mana.. Sekadar perkenalan biasa, yang berlaku secara tiba-tiba.. Teguran pertama menerusi Tagged, membawa kami ke alam persahabatan di dunia 'chatting' menerusi YM.. Itupun, sekadar teguran biasa-biasa sahaja.. Tidak ada yang menarik pada mulanya.. Semuanya hambar memandangkan kami sama-sama memiliki teman lain sebagai teman 'chatting'.. Selang beberapa hari, entah bagaimana kami boleh 'berchatting' dalam 1 tempoh masa yang agak lama.. Wujud perasaan seronok bercerita dengannya.. Namun tidak pula kami berjanji untuk 'berchatting' lagi.. Hanya secara kebetulan, masa kami melayari internet adalah sama.. Iaitu setiap malam, di mana sememangnya masa itu adalah masa kegemaran bagi semua 'chaterz' melayan diri masing-masing di dunia internet..


Hendak dijadikan cerita, pertemuan di YM benar-benar bermakna.. Dalam tempoh perkenalan yang singkat itu, kami bertukar-tukar cerita.. Walaupun pada mulanya agak hambar, namun dalam sekelip mata, semuanya bertukar menjadi sangat menarik.. Ketika hati sedang melonjak-lonjak teruja dengan perkenalan yang baru terjalin, dia memberitahu ku bahawa dia akan balik bercuti dan tidak akan melayari internet dalam tempoh beberapa hari.. Lalu, kami berfikir mahu menggunakan alternatif lain untuk terus berhubung.. Dengan penuh hormat, dia meminta izin andai aku dapat memberikan nombor telefon bimbitku kepadanya.. Mulanya ada sedikit keraguan untuk aku memberi nombor telefon bimbitku ini.. Maklum saja, kenal baru beberapa hari.. Dan sememangnya bukan sikap ku untuk memberikan nombor telefonku yang ku anggap peribadi.. Namun, entah mengapa.. Aku yakin terhadap dirinya.. Aku beri jua memandangkan aku sudah rasa terhibur dengan kisah-kisahnya.. Lantas, nombor telefon bimbitnya segera keluar di skrin telefon bimbitku.. Tanda dia membuat 'Missed called', memberitahu bahawa itu adalah nombornya..


"Kamu jangan terpikat dengan saya ye" si jejaka membuka cerita..

"Kenapa? Kalau saya terpikat dekat kamu?" selorohku..

"Sebab kamu jauh.." balasnya bersahaja..

"Kalau saya dekat?" aku menduga..

"Kamu tu cantik.. Kalau kamu dekat, sudah lama saya ngorat kamu.. Hehehe.."

Gurauannya sangat menyenangkan hatiku.. Perempuan dan kata-kata pujian, sememangnya tidak dapat dipisahkan.. Begitulah seterusnya.. Dia sering memberi kata-kata pujian disamping kata-kata nasihat kepadaku.. Errr... Nasihatnya, biar aku saja yang tahu.. Hehehe..


Persahabatan kami berjalan seperti biasa.. Menarik dan bersahaja.. Tenang dan menyenangkan.. Selang beberapa hari, dia kembali ke asramanya.. Malam itu juga kami berhubung menerusi YM semula.. Tiba-tiba dia menelefon aku menerusi YM.. Namun tidak pula ku jawab.. Ku tanya 'mengapa?', katanya 'saja mahu mendengar lagu bersama'.. Kemudian aku membenarkan dia menelefonku semula.. Dalam masa yang sama, dia memberitahu bahawa dia punya kenalan rapat berasal dari Limbang, Sarawak.. Katanya, dia mahu dengar samada loghat Labuan dan Limbang serupa atau tidak.. Dengan erti kata lain, dia mahu berbicara denganku.. Waaaa.. Sejujurnya aku ini bukanlah jenis yang tidak pandai berbicara dengan lelaki.. Entah mengapa, terdetik suatu rasa yang berbeza untuk menunaikan permintaannya.. Degupan jantung menjadi bertambah laju.. Impaknya, ada sedikit getar dalam nada suaraku.. Malunya.....


Malam itu, malam bersejarah buat kami.. Kerana itu adalah malam pertama kami mendengar suara masing-masing.. Lucu juga.. Kami sama-sama berusaha sedaya upaya untuk bertutur menggunakan laras bahasa yang betul.. Walaupun loghat bahasaku masih kedengaran sedikit Labuan dan dia pula masih kedengaran sedikit Terengganu, kami dapat berkomunikasi secara berkesan.. Syukur.. Perbualan kami tidak membosankan.. Malah, rasa tidak puas pula berbual dengannya.. Sejak itu, panggilan pertama tidak terhenti setakat disitu sahaja.. Kami kerap berbicara walau dalam tempoh masa yang singkat-singkat.. Entahlah.. Tiba-tiba saja, rindu datang bertamu di dada.. Rasanya ingin selalu mendengar nasihatnya.. Rasanya ingin kerap mendengar pujiannya.. Tidak pernah bosan mendengar suaranya.. Namun, semua itu ku pendamkan menjadi rahsia..


Suatu hari..,

"Werda, kamu rasa kamu mampu untuk teruskan hubungan ni hanya sebagai sahabat?"

mesej menerusi sms dikirimkan kepadaku.. Terasa bergeledak hemoglobin didalam badanku.. jari-jemari menjadi kaku untuk membalas mesej itu.. Aku faham maksud yang ingin dia sampaikan.. Yang menghairankan, persoalan itu keluar secara tiba-tiba.. Setahu aku, tidak pernah pula dia cuba untuk memikat aku.. Dan tidak pernah juga kami bercerita soal hati dan perasaan secara serius.. Mengapa tiba-tiba sahaja dia bertanya soalan seperti itu? Puas aku memikirkan jawapan.. Sebenarnya aku sendiri keliru.. Mengapa ada rasa rindu, andai hati tidak punya rasa sayang? Mengapa ada rasa cemburu, andai hati belum bertaut kasih? Dan mengapa ada rasa sunyi, andai dia berdiam diri? Apa yang dia fikirkan? Apa yang bermain dibenaknya sekarang? Aargghhh... Aku bermonolog.. Bagai mendapat suntikan, tiba-tiba sahaja ada rasa kasih yang deras mengalir ke seluruh tubuhku..


"Kamu tahu saya boleh jadi lebih dari itu"

Jawapan ringkas dengan harapan dia faham akan maksud yang mahu aku sampaikan.. Entah apa jadi seterusnya.. Topik itu terhenti sampai disitu sahaja.. Kami bercerita kisah yang biasa-biasa.. Tiada kaitan langsung dengan soalan dan jawapan tadi.. Bingung.. Namun ku teruskan jua bermesej dengannya.. Pelikkan? Entah apa yang dia fikirkan...


Malam itu, kami berbual lagi menerusi panggilan telefon.. Rasa lain benar perbualan kali ini.. Walaupun pada dasarnya topik yang dibuka semuanya topik yang biasa-biasa, namun ada satu perasaan gementar yang bersarang dan bermaharajalela di dada.. Itu akulah.. Tidak tahu bagaimana dengannya.. Puas aku menanti topik siang tadi diutarakan kembali.. Namun sampai ke akhirnya, tiada juga.. Aku pasrah.. Mungkin itu hanya mainan perasaanku.. Lama kami berbicara, diselangi dengan gelak tawa.. Dia pandai bergurau senda.. Melihat pada jam yang sudahpun menunjukkan jam 3 pagi, kami menamatkan perbualan dengan hatiku yang sangat berbunga-bunga.. Adakah aku sudah jatuh sayang padanya??? Ku biarkan persoalan itu tanpa sebarang jawapan.. Kerana bagi ku, perigi tidak mungkin akan pergi mencari timba..


"Werda, kamu tu sekarang sudah jadi buah hati saya taw.. Jangan menggatal dengan lelaki lain ya.. Saya tumbuk kamu nanti.. Hehehe.."

Tiba-tiba aku menerima mesej darinya.. Nasib baik aku belum terlena.. Mesej seakan menjawab persoalan, membawa pengertian yang sangat bermakna..


Aku tersenyum sendirian.. Lega, gementar, gembira, syukur.. Ya Allah.. Anugerah yang Engkau berikan sangat bermakna.. Secara tiba-tiba Kau memperkenalkan aku dengannya.. Tiba-tiba Kau membuka hatiku untuk bersahabat dengannya.. Tiba-tiba Kau Merapatkan ukhwah kami bersama.. Dan secara tiba-tiba Kau menghadiahkan kami perasaan yang serupa.. Syukur alhamdullillah.. Aku berterima kasih kepadaMu Ya Allah..


Sayang, di awal persahabatan kita, terlalu banyak yang terjadi secara 'tiba-tiba'.. Dan semuanya kita tempuhi dengan penuh rasa suka.. Setelah melangkah ke alam kasih sayang, aku mengerti hati kita semakin kuat untuk bersama.. Walau kadangkala kita tidak lepas dari perasaan cemburu dan risau tidak bertempat, semua itu adalah pelangi yang memeriahkan cerita tentang kita.. Ku akui, aku ini kuat cemburu orangnya.. Dan kau pula tidak pernah marah.. Meninggikan suara, jauh sekali.. Kesungguhan yang kau tunjukkan, pujukan yang menenangkan, seringkali membuatkan aku tidak sabar untuk menjadi surimu..


Sayang, kini kau amat bermakna.. Aku tahu, kita tidak pernah bertemu muka.. Andai kita setanah sekalipun, belum tentu juga kita akan bersua.. Kerana itu sudah menjadi perjanjian bersama.. Pertemuan pertama, melambangkan kita benar-benar bakal bersatu sebagai keluarga.. Hanya doa yang mampu menjadi penyuluh kasih kita.. Serta tawakkal dan usaha kita bersama.. Aku berpegang pada kata-kata..,

"KAMU KENA PERCAYA DAN YAKIN PADA SAYA, SAYANG.. 'SAYA SAYANG KAMU' ITU BUKAN MAINAN DARI SAYA.. ITU ADALAH JANJI DAN SUMPAH SAYA.."


Dan untuk itu, jujur ku katakan disini, teristimewa buatmu meet-G..,

"SAYA ADALAH PENCINTA YANG SETIA.. SELAGI KEYAKINAN KAMU TIDAK GOYAH, SAYA MILIK KAMU SELAMANYA.."



* buat semua pembaca, doakan kami ya.. (^,^)

Sunday, July 12, 2009

Meet-G in mY bLoG

Fuhhh.. Pagi yang membosankan.. Selesai pertemuan dengan tuhan, aku duduk memerhatikan sekeliling sambil berfikir, apa yang patut aku lakukan hari ini.. Mahu bersiap ke kuliah, rasanya awal lagi.. Sempat juga aku berangan-angan mahu ponteng kelas.. Ku batalkan hasrat itu memandangkan aku ini bukanlah tergolong dalam golongan pelajar yang bijak.. Sedar diri juga aku.. Hehehe.. Lantas, laptop menjadi sasaran utamaku pada pagi itu.. Online la, apa lagi.. Hurmmm... Sudah agak.. Tidak ramai manusia yang rajin untuk melayari internet pada waktu sebegini.. Aku tinggalkan ym, dan terus membuka Tagged.. Seronok juga Tagged ni.. Walaupun aku adalah pengguna yang baru tapi aku sudah boleh menguasai penggunaan tagged sepenuhnya.. Bangga ni.. Hehehehe..

Tersebutlah kisah, maka adalah satu permainan dalam Tagged tu yang digelar sebagai 'Pets'.. Permainan yang membolehkan pengguna 'membeli' pengguna ini adalah satu keunikan yang membezakan Tagged dengan Friendster, Facebook dan yang lain-lain.. Nama pun pengguna baru, so pada ketika itu, keterujaan aku bermain permainan ini adalah ditahap yang maximum.. Hehehe.. Setiap hari, ada saja orang yang membeli profile aku.. Tidak kurang juga yang membeli profile dibawah jagaanku.. Dan pada pagi itu, Pets ku 'ter'update lagi.. Hehehe..


'++PutErA SalJU++ bought you from Silent K'..
Rupa-rupanya aku yang telah dibeli oleh orang lain.. Sebetulnya aku tidak kenal siapa orang ini.. Tapi rajin pula dia berebut mendapatkan aku, sekaligus menaikkan harga profileku.. Terdetik rasa dihati untuk menegur empunya profile.. Lantas, aku memberanikan diri menjenguk profile jejaka yang menggelarkan dirinya sebagai Putera Salju itu.. Tanda hijau yang berada di sudut sebelah kiri skrin menunjukkan bahawa empunya profile ini sedang online.. 'Awal juga budak ni online..' bisik hatiku sambil bibir menunjukkan reaksi tersenyum..
"Gud moning my owner..." mesej menerusi tagged ku kirim pada si Putera Salju.. Tidak lama selepas itu, teguranku terbalas jua.. "gud monim my pet..." hahaha.. Yess!!! Ada juga teman aku pada pagi itu.. Lalu, kami pun menjalankan satu aktiviti berbalas-balas mesej.. Mesej punya mesej, ku lihat jam pada dinding, sudah hampir jam 9.00 pagi.. Memandangkan kelas ku akan bermula 1 jam sahaja lagi, terpaksalah aku mengundurkan diri.. Sesi perkenalan secara kecil-kecilan itu berakhir dengan pertukaran ym..

Menerusi ym, aku dan si Putera Salju berkenalan dengan lebih lanjut lagi.. Pada awalnya, tidak pula aku terasa untuk terus berhubung rapat dengan anak raja ini (kononnya la).. Namun, setiap kali aku online, pasti akan ada dia menegur aku.. Dan setiap kali itu juga, pasti ada sahaja kata-kata nasihat yang diberikan kepadaku.. Kadang-kadang lucu juga.. Nasihat diberi dalam nada gurauan.. Namun, bagi aku yang terasa ini, sudah pasti memberi kesan yang mendalam.. Jujur ku akui, segala nasihat yang diberi membuatkan aku rasa sangat dihargai.. Kata-kata yang memberangsangkan, menaikkan semangatku untuk terus menjadi seorang muslimah yang benar-benar dikatakan sebagai muslimah.. Sehingga kini, hubunganku dengan si Putera Salju ini sangat baik.. Terima kasih Meet-G.. Sesungguhnya kata-kata nasihat kamu di awal perkenalan itu, benar-benar menarik perhatianku.. Sehingga aku mampu menyayangi kamu...

Thursday, July 9, 2009

UNIKNYA DIA...



Buzz!! teguran pertama dari dia.. 'sudah aku baca blog ko.. semoga ko dan keluarga mendapat keredhaanNya..' dia memulakan kata-kata.. Kalau tak silap, dalam 3 hari lalu.. dari sanalah perkenalan kami bermula.. Kehadiran ID jejaka misteri tersebut dalam friends list ym aku, sesungguhnya sangat aku tidak sedari.. Tiba-tiba saja dia ada disana.. Menurutnya, dia mendapat ID ku daripada seorang teman.. ah... tak kesahlah, janji bahagia..

'FAT KONG' nama dalam ym yang dia bagi.. Mula-mula tu keliru juga.. Nama jejaka misteri ni terang-terang bukan nama melayu.. tetapi, fasih pula dalam bahasa malaysia.. Susunan ayatnya, walaupun tidak skema, namun tetap teratur dan indah.. Malu untuk bertanya, aku diamkan saja..

Ternyata, dia ini sama sepertiku.. Saudara seagama.. Katanya, dia ini seorang yang cukup tidak berperasaan.. Tetapi tersentuh juga hatinya dengan kisah hidupku yang aku ceritakan menerusi blog ini.. Senyum dan ketawa menemani bibirku setiap kali 'berborak' dengannya menerusi ym.. Lucu.. Dan........ Best! Hehehe..

Uniknya dia, dia pandai melukis karikatur dalam ym.. Pasti semua tahu imvironment 'DOODLE' kan? Wah.. Aku tertarik dengan kelebihannya itu.. Gambar-gambar kartun tu, dia la yang hasilkan.. Sangat senang mempunyai kawan seperti dia.. Mudah dibawa bicara, mudah juga dibawa bergurau senda.. SHAHRIL, selamat datang ke hatiku sahabat...=)

Terima kasih Allah.. Semoga persahabatan ini berkekalan.. Amin....(^,^)

RAHMAT KELAHIRAN RAHMAT _episod 2_

Salam kawan-kawan.. adeh la.. batah nunggu ceritaku ani? ada yang komplen arah ku kenapa tah ya luan batah atu kisah ani kan ku pos.. minta maaf ah.. banyak kan di plesh back bah.. hehehe.. bah, menyambung dulu ku becerita.. semoga anda semua terhibur.. hehehe..

Sejak 1 Januari 2009, kakak ku menjadi penghuni Hospital Labuan.. tapi, bukan di wad biasa, arah wad ibu bersalin.. sejak atu jua lah, anak-anak buahku and abg iparku berhijrah ke rumah kami.. best jualah..apa inda, meriuh nganya rumah ani.. sebalum durang masuk, hantap sunyi.. ada durang, hari-hari mulut ani bekunyanyang.. hehehe.. Seminggu berlalu macam nda kerasahan.. hari-hari ke hospital, tapi nda jua bulih hantap melawat.. kan masuk pun surang-surang.. kakak ku yang sudah ada tekanan darah tinggi tu betambah-tambah tekanan.. apa inda, anak buah ku yang dua urang atu memang nda bulih masuk.. sadih la ya.. kesian jua ku.. walaupun aku balum bekeluarga, tapi naluri keibuan tu tetap terasa.. uhuhu.. tawakal and besabarlah nganya..

Genap 7 hari kakak ku di hospital.. keadaannya dikatakan semakin pulih.. so, tarus la ya minta pindahkan ke wad 1st class.. dapat jua akhirnya.. malam atu, dapat tah kami sekeluarga melawat iya.. melepas jua rindunya arah anak-anak.. sayu hatiku meliat kakak ku paluk durang.. dengan titisan air mata, ditambah lagi dengan ayat juan ( anaknya yang sulung ) "ibu jangan kasi tinggal juan sama hawa lama-lama ah.." menambahkan kesayuan hati kami.. lama kami menghabiskan masa disana.. jururawat atu pun nda lagi telarang, dibiarkannya tah saja.. sampai la jam 10, balik tah keluargaku ani.. malam atu, aku pun tidur di hospital jua, mendangani kakak ku.. banarnya aku takut.. hehehe.. tapi, untuk menjaga perasaan kakak ku yang sakit, aku turuti tah jua kemahuannya.. yang bestnya masa atu, macam kesiukan pulang kami.. apa inda, ku bawa laptop, ku bawa DVD, meliat wayang tah pulang kami.. hahaha..

Keesokan harinya, selepas subuh, ku tinggalkan kakak ku surang.. sebab aku ada kelas.. semangat waa time atu, minggu pertama kampus beroperasi.. sampai saja aku dirumah, anak-anak buahku sudah bersiap untuk pergi ke skulah.. betanya jua abang iparku keadaan kakak ku, ringkas dan padat jawapan yg aku bg, "ok".. hehehe.. rasanya, selepas ya hantar anak-anak, ya ke hospital jua tu.. malas la ku kan jadi doktor, menerangkan semuanya secara terperinci.. biar doktor tu nganya yang bepadah karang..

Balum pun aku balik dari kampus, kebetulan sudah habis kelas, kakak ku kol.. dengan suaranya yang agak sayu, "wer, kaka maw kena hantar pegi Hospital Likas di KK.. doktor tu cakap jantung baby lemah, wer.. ko buli ambilkan budak-budak pulang dari skola? abang disini sama kaka.." fuuuhhh.... dugaan apakah lagi ni.. rasa jua ku kan betanya dengan lebih lanjut, tapi nda jua ku tetanya.. aku pun mengawukan tah saja.. tengahari tu, tarus tah ku ke skula anak-anak buahku..
sampai saja dirumah, abang iparku sudah siap mengemas kain baju.. nya abang iparku, hari ni jua kakak ku kena hantar pegi KK.. sebab tiba-tiba nganya keadaan kakak ku jadi nda stabil dan menyebabkan baby menjadi lemah.. dikhuatiri, kakak ku pun akan jadi sawan..

Petang atu, durang ikut feri jam 2, bertolak la kakak ku ke KK menggunakan ambulans.. abang iparku bawa krita.. abangku yang ke-4, (abang sukri) mendangani.. nasib jua time atu nda banyak krita kan menyebarang.. kami dirumah, hanya mampu berdoa semoga semuanya selamat dan bejalan lancar.. kepayahan ku kan mengeksplen arah anak-anak buahku yang mama bapanya ke KK ani.. Last-last ku padahi, baby suda kan kluar tapi nada duktur di labuan.. hahaha.. baru tah durang diam.. mun inda macam-macam durang betanya.. dalam jam 6 labih, abang iparku telipon.. nya, durang baru sampai Hospital Likas, kakak ku tengah daftar.. pastu kan buat pemeriksaan oleh duktur pakar.. kami pun menanti dengan penuh kesabaran.. di KK, ada maci ku, kakak kepada mama ku, ( mak ajah ) dengan lakinya mendangani durang..

Dalam jam 10 malam, abang iparku kol lagi.. ya cakap, baru tah selesai semua urusan.. ramai urang disana, jadi giliran kakak ku pun belakang-belakang.. kakak ku sekarang sudah di wad, kajap lagi maw kana periksa lagi.. mama ku nyuruh abang iparku betenang and cari makan.. kesian abang iparku nyamu.. bangga ku kan beabang ipar macam atu.. seingat ku, bulih dikatakan setiap saat ya mendangani kakak ku.. nda tah tinggal kakak ku.. kan keluar makan pun ya nda maw.. jam 11 tu, ya kol lagi.. bagitau kami yang kakak ku sedang diperiksa dan iya nda bulih masuk.. time atu la baru ya kan turun makan.. nda sampai 15 minit, ya kol lagi.. malar abang iparku ani, dalam hatiku nganya la becakap.. hehehe.. sudah tah yang menjadi mangsa panggilan tu aku, sebab aku nganya dirumah ani yang nda buli jauh dari hp.. hehehe.. cemas!

"wer, kakwen maw kena bedah malam ni juga.. tekanan darah terlalu tinggi.. bahaya untuk kakwen.. jantung baby lemah.. bagitau mama bapa k..!" huhuhu..menangis dalam hati..
"jam brapa? abang suda makan ka?abang dimana?" aku membusy bodykan diri..
"baru sempat makan 2,3 suap, kakwen kol.. abang tapau ja dulu.. sekarang on the way naik p tempat kakwen.. ada pa-pa abang kol lagi.." cmatu lah abang iparku menyampaikan laporan.. terdetik perasaan takut dan berdebar..
'kenapa kali ni kakwen nda dapat beranak normal.. ya Allah, kuatkan hati kakak ku.. selamatkanlah dia dan baby..' aku bermonolog.. keadaan waktu tu sangat mengharukan dan menyedihkan.. selepas aku bagitau mama ku, aku masuk ke bilik semula.. nda betidur.. ku pigang nganya hp atu.. malar ku mesej abang iparku.. saja untuk meringankan kerisauannya sekaligus kerisauanku.. ingat kamu si Cd? ya la jua danganku bemesej sepanjang malam.. tq Cd..

Jam 12.30, "wer.. kakwen suda kena bedah.. baby sudah keluar, tapi masih lagi dalam wad bedah.. kakwen pun masih didalam.. abang belum jumpa dorang.."
Alhamdullillah.. keluar airmata kesyukuran.. dalam corong telipun atu pun, kedengaran seakan suara lega dari abang iparku.. aku bergegas kluar bilik.. ku padahi mamaku, mamaku pun rupanya nda betidur, ingau.. huhuhu.. jam 2 labih, abang ipar ku mesej.. 'baby lelaki, berat 1.8kg..' damitnya.. apa-apapun sekurang-kurangnya kami semua bersyukur atas keselamatan kakak ku dan baby..

Maka, secara rasminya lahirlah seorang lagi hamba Allah ke dunia pada 8 January 2009.. awal sebulan.. kalau diikutkan, 9 februari 2009.. rezeki Allah.. ya bagi awal.. syukur.. hehehe.. eh? cerita ku ani nda habis lagi ni.. apa terjadi selepas atu?? macamana keadaan baby?? apa terjadi kepada kakak ku?? mampukah abang iparku bertahan?? apa usulnya anaknya yang dua urang atu?? dan yang penting, macamana rahmat mendapat namannya?? sama-samalah kita nantikan episod seterusnya.. hilang akal ku sudah kan becerita ani.. adios.. salam bersalam.. bubye..........=)

Monday, July 6, 2009

KERINDUAN


Kisah yang masih panjang
belum ada pengakhiran...
Kisah yang baru bermula
membangkitkan kerinduan...

Aku disini sendiri
menantimu dengan penuh pasti..
Kamu disana juga sendiri
memberi harapan yang tinggi...

Kasih ini tak akan berganti
Sayang ini tak akan berbahagi...
Rindu ini tak akan terhenti
Segalanya akan kekal abadi..

Suatu hari nanti pasti kan terbukti
Dua hati bertemu menagih janji..
Semoga Allah merestui
Keikhlasan cinta yang bersemi....

Nukilan dalam kerinduan
Kucurahkan sepenuh perasaan.....

Sunday, July 5, 2009

CORETAN PENGALAMAN KEHIDUPAN KELUARGAKU











Salam buat semua teman.. Kisah yang ingin aku ceritakan kali ini adalah suatu pengalaman keluargaku sendiri.. Sebenarnya, sudah lama aku menulis cerita ini.. Namun, tidak pula aku terfikir untuk berkongsi cerita.. Maklum sajalah, aku baru menjinakkan diri dalam dunia blog.. Semoga segala yang berlaku dapat menjadi pengajaran buat kita semua.. Terutamanya keluargaku sendiri..

Kisah ini berlaku kira-kira 12 tahun yang lalu.. Ketika itu aku baru sahaja melangkahkan kaki ke tahun 3, maka usiaku pada waktu itu ialah 9 tahun.. Walaupun pengalaman ini sudah lama berlaku, namun segalanya masih jelas tersusun dalam lingkaran mindaku..

Bapaku adalah seorang pesara polis yang telah banyak menabur khidmatnya di balai polis Labuan.. Kisah ini bermula setelah 15 tahun bapaku dalam perkhidmatan, bapaku mendapat berita yang menggembirakan.. Bapaku bakal dinaikkan pangkat.. Sudah tentu berita ini turut amat mengembirakan kami sekeluarga.. Namun, sangat menyedihkan kerana bapaku akan dipindahkan ke balai polis daerah Papar, salah satu daerah di Sabah.. Walaupun urusan perpindahan sekolah adalah perkara yang mudah, namun memandangkan ibuku juga bekerja disalah sebuah jabatan kerajaan, kami tidak dapat menemani bapa untuk tinggal disana.. Pada penghujung bulan November 1995, berangkatlah bapaku sendirian ke daerah Papar.. Dan kami sekeluarga telah berpindah keluar daripada berek polis, menetap dirumah sendiri..

Bulan pertama ketiadaan bapaku dirumah, ditambah lagi dengan suasana rumah yang baru diduduki, adalah saat yang paling sukar buat keluarga kami.. Untuk menghubungi bapaku juga agak sukar.. Menurut ibuku, bapa sangat sibuk menguruskan kerjanya.. Iyalah, bapa berada di tempat baru.. Terpaksalah bapa bekerja keras dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjanya untuk mengenali semua tempat dan mebiasakan diri dengan persekitaran.. Kami akur dan membiarkan diri diselimuti rindu.. kerana kami tahu, bapa juga sedang siksa menahan rindu setiap hari.. Bagi diriku sendiri, kesedihan dan kerinduan akan hebat melanda diri setiap kali aku pulang dari sekolah.. Melihat rakan-rakanku diambil oleh bapa mereka, hatiku cemburu.. Andai saja bapaku masih di Labuan.. Setiap kali dia menjemputku untuk pulang, aku akan berlari mendapatkannya.. Dan dia pasti pendepakan tangan dengan senyuman.. Begitu hebat bapaku mencurahkan kasih sayang..

Selang beberapa bulan, kami sudah boleh membiasakan diri dengan suasana ini.. Tinggal dikawasan perumahan ada juga kelebihannya.. Walaupun rindu akan teman-teman sepermainan yang lama, aku juga masih mampu untuk bermain dengan kawan-kawan yang baru.. Maklum saja, budak-budak mudah mesra.. Namun, selalu juga ibuku menasihati supaya jangan main jauh-jauh.. Alasannya nanti diculik oleh orang jahat.. Tidak juga boleh pulang lewat, nanti ditutup jalan balik oleh hantu.. Bila ku kenang semula, lucu sekali.. Mungkin sebab itu, sehingga kini aku agak fobia jika bercerita tentang hantu.. Sekarang aku faham, niat ibuku bukanlah untuk menakutkan.. Tapi atas dasar kasih sayang, ibuku tidak mahu sebarang kejadian yang buruk berlaku.. Aku benar-benar menyanjungi ibu.. Pada ketika itu, Dialah bapa dan dia jugalah ibuku..

Bapaku juga sudah beberapa kali pulang ke Labuan.. Dalam sebulan, pasti sekurang-kurangnya sekali bapaku datang pulang bercuti.. Walaupun begitu, jelas sekali tergambar diwajah bapa, tidak puas menghabiskan masa bersama kami.. Kerap juga bapa menghubungi kami ketika berada disana.. Kami mengerti bapaku sunyi.. Seperkara tentang bapaku, dia adalah lelaki yang sangat bertanggungjawab.. Tidak pernah dia mengabaikan kami walaupun jarak menghalang bapa untuk selalu bersama keluarga..

Pernah satu ketika, keluargaku dihimpit masalah kewangan.. Tiada siapa yang tahu, disebalik kebahagiaan keluarga, kami diuji Allah.. Seronok juga pengalaman itu.. Aku berpeluang berniaga dan menjaja kuih buatan ibu.. Setiap petang, ibu akan membuat kuih-muih untuk aku menjualnya dari rumah ke rumah.. Pengalaman itu sangat berharga.. Aku seronok sekali.. Lebih-lebih lagi kuih ibuku mendapat sambutan hangat.. Kadang-kadang, andai ibuku penat pulang dari bekerja, dia tidak membuat kuih.. Pasti ada saja pakcik, makcik, jiran seperumahan bertanya.. Tapi situasi itu tidak lama.. Apabila semuanya sudah stabil, bapa tidak mahu menyusahkan ibuku.. Secara tidak sengaja, kami adik-beradik terdengar luahan bapa memohon ampun kepada ibu.. Kerana ibu terpaksa bekerja dua kali ganda.. Alhamdullillah.. Allah maha penyayang..

Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun.. Pada suatu malam, di bulan Ramadhan, hanya tinggal 3 minggu lagi umat islam berpuasa, kakak ku mengadu sakit kepala.. Disebabkan ibu risau akan keadaan kakak, kami disuruh tidur bersama ibu dibiliknya.. Kira-kira jam 1.30 pagi, waktu itu aku sudah pun tidur disamping kakakku.. Tiba-tiba saja kakakku menjerit minta ditunggu.. Seingat aku, ibu belum lagi tidur ketika itu.. Mungkin juga ibu sedang menjahit baju.. Mendengar jeritan kakak, aku terbangun.. Ibu juga meluru masuk ke bilik.. Aku yang dalam ketakutan melihat perlakuan aneh kakak, segera bangun mendapatkan abang sulungku yang berada betul-betul didepan pintu.. Ibuku sudah duduk didepan kakak.. Kakak meraung, menangis, ketawa dalam satu masa yang sama.. Ibuku yang tadinya panik, tiba-tiba bertukar menjadi seorang yang sangat tabah dan tenang.. Aku hanya mampu berdiri ditepi pintu bersama abang-abangku yang lain..

Baju lusuh ibu ditarik-tarik oleh kakak.. sambil menunjukkan arah keluar, kakakku memujuk ibu.. "ma..... boleh la ma... ma... dia tunggu tu ma... ma... suruh dia tunggu.. ma... tunggu......" Kakak bersuara manja sekali tetapi diselangi dengan tangisan dan ketawa.. hanya itu kata-kata yang berulang kali kakak ucapkan.. Kakak bukan lagi dirinya sendiri.. Seakan ada sesuatu yang menguasai dan mengunci fikirannya.. Berkat daripada sedikit ilmu yang ibu perolehi, ibu membaca beberapa surah dan ayat suci.. Kakak akhirnya tewas dan rebah dipelukan ibu.. Tiba-tiba cermin tingkap ibu dilanggar-langgar oleh sesuatu.. Kaget.. Kedengaran suara Topo, kucing peliharaan keluarga kami.. Bayang-bayang Topo melompat-lompat hendak menangkap sesuatu jelas kelihatan.. Walaupun begitu, tiada seorang pun dari kami meninggalkan bilik ibu.. Akhirnya, Topo berjaya..

Sedang ibu berusaha mengejutkan kakak, telefon rumah berbunyi.. Jam waktu itu tepat menunjukkan jam 3.45 pagi.. Disebabkan tiada diantara kami yang berani menjawab panggilan tersebut, ibu seakan faham lantas berdiri.. Ibu meminta kami memerhatikan kakak.. Aku ikut ibu.. Namun langkahku terhenti di anak tangga.. Aku hanya memerhatikan ibu menjawab panggilan tersebut.. Tiba-tiba ibuku jatuh terduduk.. Gagang telefon yang terlepas sebentar tadi, segera dicapainya semula.. Aku bingung lagi.. Air mata ibu deras berlinangan.. Ibu meletakkan gagang telefon dan mendekati aku.. Diciumnya dahiku beberapa kali.. Aku mengiringi langkah ibu ke bilik..

"Bapa kamu sekarang berada di hospital Queen Elezabeth Kota Kinabalu.. Dia pengsan sewaktu menjalankan tugas.." air mata ibu jatuh lagi.. Ya Allah... Ujian apakah ini... Malam itu terasa sangat shahdu.. Kakak sudah sedarkan diri tetapi masih lemah.. Bapa pula tidak tahu samada sudah sedar atau belum.. Kami pasrah.. Ibu pesan supaya kami kuatkan hati.. Semua ini ujian Allah.. Berdoa supaya keluarga kami tabah menghadapi situasi ini..

Keesokan harinya, kami dimaklumkan bahawa bapaku disahkan menghidap penyakit jantung yang kronik.. Mungkin disebabkan tekanan kerja, ditambah pula dengan perasaan rindu terhadap keluarga membuatkan bapaku begitu.. bapaku dikatakan terlalu kerap merokok dan tidak mengikuti cara pemakanan yang betul.. Petang itu juga ibu pergi mendapatkan bapa di Sabah.. Dan selang beberapa hari selepas itu, bapa dan ibuku diterbangkan ke Kuala Lumpur kerana bapaku akan menjalani pembedahan jantung.. Tinggallah Kami 5 beradik dirumah..

2 minggu menanti, akhirnya ibu dan bapaku kembali ke Labuan.. Kami semua menjemput ibu dan bapaku di lapangan terbang.. Air mata tidak lagi tertahan.. Melihat langkah mereka keluar dari perut pesawat, adalah perkara yang paling membahagiakan.. Kelihatan susuk tubuh bapaku yang dulunya berisi, namun ketika itu tidak lagi.. Dalam kesakitan, Bapa menguntumkan senyuman.. Ibu juga tersenyum melihat kami.. Hari itu, sebuah keluarga bahagia, bersatu kembali...

Hari Raya pun menjelma.. Pada tahun itu, semuanya serba sederhana.. Keadaan kakak semakin stabil.. Sampai ke hari ini, tidak diketahui mengapa kakak menjadi bukan dirinya.. Dan bapaku juga beransur pulih.. Jelas keceriaan pada wajah bapa kerana dapat berkumpul bersama kami.. Ketika itu, kami semua bersyukur kerana disatukan.. Sesungguhnya benar.. Allah itu maha adil.. Diberinya kami cubaan dan dugaan, digantikannya dengan penyatuan dan kegembiraan.. Amin....



Saturday, July 4, 2009

KISAH SUAMI ISTERI


Maka, tersebutlah kisah tentang sepasang suami isteri muda, mempunyai seorang cahaya mata bernama Tuti yakni terhasil daripada gabungan nama si suami (Tuah) dan isterinya (Tijah)..
( errr.... sebenarnya tak bagitau pun tak pa.. hehehe.. )

Hendak dijadikan cerita, pada suatu petang yang tidak begitu mendung, Tijah mendodoikan anaknya seperti selalu.. sudah menjadi kebiasaan Tijah, setiap jam 3 petang, dia akan mendodoikan anaknya ditepi jendela, sambil menyanyikan beberapa buah lagu balada khas buat anakanda tercinta.. bukan apa... sewaktu bujangnya dulu, dia ni bercita-cita hendak menjadi penyanyi.. malang sekali bakatnya tersekat kerana niat untuk bersuami diusia yang muda lebih mendalam berbanding cita-citanya yang tidak murni itu.. apa yang pasti, industri muzik tanah air kita tidak akan rugi tanpa Tijah.. walaubagaimanapun, sikap Tijah menjaga dan menidurkan anaknya setiap hari harus diberikan pujian...

Hendak dijadikan cerita lagi, si anak itu tadi akhirnya tidur juga.. seakan pasrah mendengar Tijah menyumbangkan lagu dengan alunan melodi yang sumbang, ditambah lagi dengan suara Tijah yang sememangnya sumbang, menambahkan lagi kesumbangan pada lagu yang disumbangkan.. fuhhh.. berapa banyak sumbang daa.... lalu, dengan penuh berhati-hati, cermat dan berhemat, Tijah pun meletakkan anaknya diatas katil mini.. terdetik rasa bangga dihatinya kerana berjaya menidurkan anak kecil itu... kemudian, Tijah pun memulakan tugas dipejabatnya yakni di dapur..

Hendak dijadikan cerita selanjutnya, tiba-tiba sahaja suami Tijah yakni Tuah, masuk ke dalam rumah dengan menunjukkan ekspresi wajah yang mencemaskan seakan dikejar 'along' lagaknya.. "tie... Ooo Tie.. (panggilan manja untuk Tijah) Tie letak dimana semua barang-barang Tue? (panggilan manja untuk Tuah) Tue nak pergi main bola.. dah lewat ni.." cheyyyhhh... pergi main bola rupanya.. huh! Tuah pun terus berlegar-legar sekitar rumahnya... keluar masuk bilik, ruangtamu, dapur, almari, stor, err... tandaslah satu-satunya tempat yang Tuah tidak lawati..

"TIE!!!!!!!!!"
Keras sungguh suara Tuah memanggil Tijah.. "waaa waaa waaa waaa" (errr...tu sound effect suara Tuti menangis) serentak dengan itu juga kedengaran suara Tuti dari dalam bilik.. sudah tentu Tuti terkejut mendengar owh jeritan batin ayahandanya.. Lantas, Tijah keluar dari pejabatnya dan meluru masuk ke dalam bilik.. jam pada dinding diperhatikan tajam oleh Tijah.. ada 5 minit lagi sebelum melangkah tepat jam 4 petang.. sambil dia mendukung Tuti, pantas dia mendapatkan Tuah ..

"Tue cari apa? kenapa terjerit-jerit ni???" panas sungguh hati Tijah..
"Tie letak mana stokin untuk main bola Tue? puas Tue cari tak jumpa.." ada sedikit kecewa dalam getar suaranya...
"Eh?? Tue cari stokin yang mana satu ni??" sambil melihat suaminya dari atas sampai bawah..
"Yang kaler hitam, ada corak pink kegemaran Tie.." jawab Tuah dengan selamba..

Sambil menuding jari pada kaki Tuah, Tijah berkata, " tu apa dikaki Tue???"
Sepantas kilat kepala Tuah menunduk "eh..??? sudah ada dikaki rupanya.. magiknya...."

Senyuman tawar terlukis dibibir Tijah.. nampaknya hari ini melepaslah dia untuk menyaksikan rancangan rosalinda yang bermula pada jam 4 petang.. mahu saja dia menumbuk, menyepak dan menerajang suaminya.. atas faktor 'aku ini isterimu dan kamu itu suamiku', Tijah membatalkan hasratnya.. mahu tak mahu terpaksalah dia melayan cerita kartun kegemaran Tuti...

'sia-sia aku tidurkan Tuti!!!' bisik hatinya geram.......


moral of the story : ikhlaskan hati kalian dalam membesarkan amanah allah.. sesungguhnya doa seorang anak amat diperlukan oleh ibubapa sewaktu ditemani cacing dan isi tanah.. renung-renungkanlah.......

Friday, July 3, 2009

RAHMAT KELAHIRAN RAHMAT _episod 1_


20 minit nganya tinggal.. 1 dunia kan menyambut tahun baru ni.. Apa lagi..... Aku, abg iparku bersama seorang sahabat bernama cd ( bukan namanya banar ) semangat sudah ni kan ke dataran labuan.. hajat dihati kan meliat bunga api atu.. macam biasalah, atu nganya yang ditunggu.. anak-anak buahku pun eksitet banar kan meliat... "bah.. lakas.. jalan kita.." abang iparku bersuara.. so to make the stury, bejaur tah jua kami berlima.. ( anak buahku 2 urang..hehehe.. ) kakak ku nda ya turut sebab mama ku nda membari.. bukan apa, betian ya.. duiiii lillah.. membari kasian muanya tu...

Perjalanan dari rumahku ke dataran tu, inda jua jauh hantap la.. dalam 10 minit sampai la kami ke sana.. tapi memandangkan luan ramai urang membanjiri dataran, nda tah kami jadi kan turun.. abang iparku selaku ketua rombongan kami malam atu, membawa kami ke waterpark.. siok nyamu.. suda tah inda ramai, jelas lagi pemandangannya.. adeh macam inda kesabaran kan menunggu bunga api ani.. hehehehe...

5 minit lagi.. kami menanti dengan penuh sabar.. dalam kerita jua nganya, membari malas kan turun.. tiba-tiba hp abang iparku berbunyi.. dengan mua yang malu-malu, abang ipar ku keluar dari kerita.. sure kakak ku la tu.. kan betanya pekembangan semasa.. nda tah buli kami kan enjoy.. hahaha.. panik! atu yang bulih ku gambarkan masa atu.. dengan paluhnya yang mencurah-curah, abang iparku menghidupkan enjin kerita.. "kakwen sakit perut" atu nganya yang mampu ya ucapkan.. cukup membuatkan kami semua mengerti.. sayu jua hatiku meliat 2 urang anak buah ku ani.. seakan paham mamanya dalam kesakitan.. durang pun pasrah nda bebunyi.. laju abang iparku meredah malam.. ku liat jam, 1 minit nganya tinggal untuk dunia ani melangkah ke tahun baru.. bedebar-debar ni kan dapat anak buah baru jua.. huhuhu..

'boom!!!! boom!!!! boom!!!' kedengaran jua bunyi bunga api atu.. alhamdullillah.. Allah memberi kesempatan untuk kami meliat bunga api walaupun dari jauh.. kesukaan anak-anak buahku eh.. cali jua meliat durang kelupahan yang mamanya tengah menahan kesakitan.. hahahaha... nda sampai 10 minit, kale 5 minit nganya, suda tah kami dirumah.. dengan perasaan berdebar-debar and bekalang kabut, kami masuk kerumah.. ku liat kaka ku suda pucat menahan kesakitan sambil ditemani liau laki and liau bini.. tapi nya liau bini, macam balum jua kan beranak.. pasalnya inda betanda langsung..

Apa-apapun, kami bawa jua kaka ku ke hospital.. cd nda jua ketinggalan.. turut jua ya.. cuma ya bawa kerita lain memandangkan anak-anak buahku pun ada..nda jua kan besampit kan.. huhuhu.. dalam perjalanan nda sampai 30 saat, tiba-tiba turun tah jua hujan ani.. lebat lagi tu.. kepayahan abang ipar ku memandu.. nda ku tahu apa ulahnya si cd memandu surang-surang atu.. masuk simpang..... adeh... kenapa ka ya banyak kerita ani.. pelahan banar pegerakannya.. rupa-rupanya dalam kegelapan malam dan kebasahan jalan atu, ada tah lagi moto eksiden.. belanggar sama kerita nyamu.. taruk and parah jua penunggang motosikal tu.. apakan daya, nda dapat membantu.. hanya mampu bersimpati dalam pandangan mata dan berdoa dalam bahasa hati.. ku toleh belakang, nampak ku bayang si cd berlari dalam hujan untuk benghulurkan pertolongan.. mulia hatinya ni.. ( kata-kata tu tersekat dalam hati nganya la.. hehehe.. )

Sampai di hospital, kaka ku dimasukkan dalam wad kecemasan untuk pemeriksaan.. aku dan anak buahku duduk diluar, berhadapan dengan kaunter kecemasan.. kedengaran suara bini-bini di kaunter tu menerima laporan kemalangan.. sure yang kami liat tadi.. nda sampai 5 minit ada tah si cd sudah.. keluar abang iparku dari wad dengan mua yang nda kan berapa maw ceria.. kaka ku disahkan ada darah tinggi yang berbahaya.. bukan nganya untuk bayi tapi kaka ku jua.. kesian ku liat abang iparku ni.. maw jua ku muji lah.. semoga bakal suamiku macam ya.. bukan senang mendapat suami yang amat bertanggungjawab ni.. ( kambang tah ya ni ah mun ya membaca..hehehe.. )

rupa-rupanya sakit yang kaka ku rasa bukan sakit kan beranak.. semangat sudah tu kan beranak buah baru.. hahaha.. lagipun taw-taw sajalah, kan tahun baru.. mun ya beranak time atu mesti best.. ada jua anak tahun baru dalam keluarga kami.. balum sampai masanya.. huhuhu... seminggu kaka ku ditahan di hospital.. macam-macam yang berlaku dalam tempoh atu.. mun kan diceritakan, buring banar.. ani pun panjang lagi kisah ku ni.. hehehe... so, tu bi kontiniu... jumpa di episod yang kedua.. hahaha.. babaiiiii....

TERIMA KASIH CINTA


Pernah suatu ketika,
Sayang telah kau ucapkan...
Rindu telah kau luahkan...
Kasih telah kau taburkan...
Dan aku bahagia...

Pernah suatu ketika,
Sayang itu seakan terhenti...
Rindu itu seakan berganti...
Kasih itu seakan pergi...
Dan aku merana...

Apabila tiba disuatu ketika,
Sayang itu kau pertahankan...
Rindu itu kau semaikan...
Kasih itu kau kembalikan...
Dan aku kehabisan kata-kata...

Terima Kasih Cinta...
Semoga mahligai bahagia
Disaluti keredhaan allah
Menanti kita d penghujungnya....

Amin ya robbal alamin.....

..CINTA OH CINTA..


"u...nanti u call i balik taw.. i tunggu u.. kelas dah on ni..love u much u..." fuhhhhh... tiba - tiba rasa meremang segala bulu yang ada di badan ni.. walaupun time tu aku duduk betul - betul dibawah cahaya lampu dan suasana tu tidaklah menyeramkan pun.. wakaka.. kawan aku yang dua orang ni sudah ketawa besar, geli hati dengan perucapan mat jiwang patah yang duduk betul-betul dihadapan kami.. tidak pula aku join mentertawakan si mat jiwang patah tu.. bukan apa.. aku tengok dia macam sudah terasa dengan tindakan mesra alam daripada sahabat-sahabat sejatiku..

sooo, faham - faham sajalah 1 tugas perempuan yang tidak begitu menyenangkan ni.. aktiviti mengumpat secara kecil - kecilan pun bermula.. aku dengan perasaan yang tidak mahu ketinggalan juga turut serta.. kelas pagi itu, bertukar menjadi sesi perbualan yang menarik antara aku dan kawan-kawan aku.. topik pun hangat boleh tahan, layan..... hehehe...


sorang kawan aku bagi soalan yang susah nak jawab.. "kamu rasa, dia call pakwe or makwe dia?" fuhhhhh... dunia.. dunia.. borak punya borak, mengumpat punya mengumpat, kelas pun tamat..
cerita kami tidak terhenti sampai di situ.. follow juga mamat patah tadi sampai cafe.. sebagai cover sesi pengintipan tu, aku dan kawan-kawan pergilah membeli makanan.. errr... kebetulan memang perut pun tengah berdondang sayang.. huhuhu...

kalau diperhatikan mat patah ni memang handsome.. stylo juga, dan memiliki kulit wajah yang halus dan licin.. terdetik rasa dihati ni nak tanya produk kecantikan apa yang dia pakai.. tapi aku batalkan niat tu atas dasar keseganan dengan mengambil kira faktor bahawa dia adalah lelaki.. hehehe...

tengah aku sibuk menyuapkan makanan ke dalam mulut, tiba-tiba kawan aku yang sorang ni menjerit "what??!!! Can u believe it???" dan dengan selamba kawan aku sorang lagi tu menjawab "believe it bebeh.." arrghhhh.... nampaknya aku terlepas sesuatu yang menarik sebentar tadi.. sebelum aku bertanya dengan lebih lanjut, sempat juga aku meneguk milo ais yang berada di depan mata aku ni.. hehehe..

rupa-rupanya ada adegan kiss-kiss pipi tadi.. adussss.. aku terlepas la pula part klimax.. tapi kalau aku nampak tadi tu, aku tak akan segan silu untuk berdiri and mandikan dua orang mamat tu dengan air milo.. nasib baik aku tak nampak.. dapat juga aku minum milo tu.. alhamdullillah.. hehehe... errr tapi yang datang ni macho juga.. gaya ala-ala hero ceta hindustan.. tapi sayang sejuta kali sayang, naluri kelakiannya songsang.. huhuhuhu...

haru biru betul.. kadang-kadang aku tengok kampus aku ni, macam shopping mall pun ada.. bezanya, masing-masing ada membawa buku.. ala-ala orang tengah bershopping sakan.. bukan niat aku memburukkan nama kampus sendiri tapi inilah hakikatnya.. isi perut kampus aku ni tidaklah seindah dan secantik badannya.. walaupun bilangan agak kecil, tapi kalau orang luar nampak.... MALU BEB... bak kata pepatah, majulah sukan untuk negara... errrr.... ( cam pelik ja bunyi...??? )

so... apa yang aku maw bagitaw disini ialah, si mat patah tu sure la bertittle 'makwe' and si mat macho tu bertittlekan 'pakwe'.. sebab yang patah tu si mat patah.. wakakaka... dah terasa diri tu awek sangat la tu.. huhuhu.. maka terjawab juga soalan kawan aku tu tadi.. tidaklah menjadi perbuatan yang sia-sia kami follow mat patah tu.. berhasil juga siasatan kami.. yaaahooooooo............!!!!!! - allahualam -

p/s : GAMBAR TU SEKADAR GAMBAR HIASAN..HEHEHE..

Thursday, July 2, 2009

KISAH PERTAMA



Fuuhhh.. salam buat semua teman.. akhirnya berjaya
jugak aku cipta blog ni.. makan masa jugak aku berguru dengan kawan aku yang sorang tu.. nasib baik jugak la dia tak naik bengang.. errrr.... sebenarnya, aku tak taw jugak la dia bengang atau tidak.. sebab aku tak nampak pun expresi wajah dia.. wakakaka.. apa - apa pun, TQ banyak - banyak jugak la sir..=)

Aku tak taw jugak nak cerita apa ni.. buat pertama kali jugak aku mengarut ntah pa - pa dalam blog ni.. bagi la aku chance k.. hehehe.. urm... best jugak skali skala menaip panjang - panjang.. ya la.. memandangkan sudah lama jugak aku tingggalkan zaman sekolah, dimana kita terpaksa menyiapkan karangan yang agak panjang jugak kan.. huhuhu..

Nak dijadikan cerita yang
jugak agak tak menjadi ni, sepanjang usaha aku nak mempublishkan blog aku, macam-macam jugak pengalaman yang aku dapat.. apa aku respect sangat dekat diri aku sendiri, aku jugak tak tau yang aku boleh jugak banyak membaca and mencari maklumat sebagai persediaan untuk aku berkongsi cerita.. kalau mama papa aku tau, sure dorang jugak akan bagi aku 100 markah kredit.. hahahaha.. tapi, ada jugak kawan aku bagitau, yang blog ni boleh jadi diari.. waa aku tak faham jugak.. diari sepatutnya menjadi teman peribadi.. apa - apa hal pun aku puji jugak kawan aku tu.. blog dia manthop gitu.. hehehe..

Apa-apapun, aku ada
jugak meletakkan harapan dekat blog ni.. aku harap selain dapat bercerita, aku jugak dapat cari kawan - kawan lama and baru untuk kita sama - sama berkongsi kisah suka duka.. chewah... ala -ala mitos gitu.. hehehe.. Oklah.. dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, dengan ini maka akhirnya rasmi jugak la aku ada blog.. alhamdullillah......=)

_errrr rasanya ada berapa banyak perkataan
jugak dalam kisah pertama aku ni???_