Photobucket

...My BesTFRieNDs...

...My BesTFRieNDs...
...PErsaHABaTan YaNG seJAti tiDAk mUnGKin aKAn bERLaLu PerGi...

Sunday, July 5, 2009

CORETAN PENGALAMAN KEHIDUPAN KELUARGAKU











Salam buat semua teman.. Kisah yang ingin aku ceritakan kali ini adalah suatu pengalaman keluargaku sendiri.. Sebenarnya, sudah lama aku menulis cerita ini.. Namun, tidak pula aku terfikir untuk berkongsi cerita.. Maklum sajalah, aku baru menjinakkan diri dalam dunia blog.. Semoga segala yang berlaku dapat menjadi pengajaran buat kita semua.. Terutamanya keluargaku sendiri..

Kisah ini berlaku kira-kira 12 tahun yang lalu.. Ketika itu aku baru sahaja melangkahkan kaki ke tahun 3, maka usiaku pada waktu itu ialah 9 tahun.. Walaupun pengalaman ini sudah lama berlaku, namun segalanya masih jelas tersusun dalam lingkaran mindaku..

Bapaku adalah seorang pesara polis yang telah banyak menabur khidmatnya di balai polis Labuan.. Kisah ini bermula setelah 15 tahun bapaku dalam perkhidmatan, bapaku mendapat berita yang menggembirakan.. Bapaku bakal dinaikkan pangkat.. Sudah tentu berita ini turut amat mengembirakan kami sekeluarga.. Namun, sangat menyedihkan kerana bapaku akan dipindahkan ke balai polis daerah Papar, salah satu daerah di Sabah.. Walaupun urusan perpindahan sekolah adalah perkara yang mudah, namun memandangkan ibuku juga bekerja disalah sebuah jabatan kerajaan, kami tidak dapat menemani bapa untuk tinggal disana.. Pada penghujung bulan November 1995, berangkatlah bapaku sendirian ke daerah Papar.. Dan kami sekeluarga telah berpindah keluar daripada berek polis, menetap dirumah sendiri..

Bulan pertama ketiadaan bapaku dirumah, ditambah lagi dengan suasana rumah yang baru diduduki, adalah saat yang paling sukar buat keluarga kami.. Untuk menghubungi bapaku juga agak sukar.. Menurut ibuku, bapa sangat sibuk menguruskan kerjanya.. Iyalah, bapa berada di tempat baru.. Terpaksalah bapa bekerja keras dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjanya untuk mengenali semua tempat dan mebiasakan diri dengan persekitaran.. Kami akur dan membiarkan diri diselimuti rindu.. kerana kami tahu, bapa juga sedang siksa menahan rindu setiap hari.. Bagi diriku sendiri, kesedihan dan kerinduan akan hebat melanda diri setiap kali aku pulang dari sekolah.. Melihat rakan-rakanku diambil oleh bapa mereka, hatiku cemburu.. Andai saja bapaku masih di Labuan.. Setiap kali dia menjemputku untuk pulang, aku akan berlari mendapatkannya.. Dan dia pasti pendepakan tangan dengan senyuman.. Begitu hebat bapaku mencurahkan kasih sayang..

Selang beberapa bulan, kami sudah boleh membiasakan diri dengan suasana ini.. Tinggal dikawasan perumahan ada juga kelebihannya.. Walaupun rindu akan teman-teman sepermainan yang lama, aku juga masih mampu untuk bermain dengan kawan-kawan yang baru.. Maklum saja, budak-budak mudah mesra.. Namun, selalu juga ibuku menasihati supaya jangan main jauh-jauh.. Alasannya nanti diculik oleh orang jahat.. Tidak juga boleh pulang lewat, nanti ditutup jalan balik oleh hantu.. Bila ku kenang semula, lucu sekali.. Mungkin sebab itu, sehingga kini aku agak fobia jika bercerita tentang hantu.. Sekarang aku faham, niat ibuku bukanlah untuk menakutkan.. Tapi atas dasar kasih sayang, ibuku tidak mahu sebarang kejadian yang buruk berlaku.. Aku benar-benar menyanjungi ibu.. Pada ketika itu, Dialah bapa dan dia jugalah ibuku..

Bapaku juga sudah beberapa kali pulang ke Labuan.. Dalam sebulan, pasti sekurang-kurangnya sekali bapaku datang pulang bercuti.. Walaupun begitu, jelas sekali tergambar diwajah bapa, tidak puas menghabiskan masa bersama kami.. Kerap juga bapa menghubungi kami ketika berada disana.. Kami mengerti bapaku sunyi.. Seperkara tentang bapaku, dia adalah lelaki yang sangat bertanggungjawab.. Tidak pernah dia mengabaikan kami walaupun jarak menghalang bapa untuk selalu bersama keluarga..

Pernah satu ketika, keluargaku dihimpit masalah kewangan.. Tiada siapa yang tahu, disebalik kebahagiaan keluarga, kami diuji Allah.. Seronok juga pengalaman itu.. Aku berpeluang berniaga dan menjaja kuih buatan ibu.. Setiap petang, ibu akan membuat kuih-muih untuk aku menjualnya dari rumah ke rumah.. Pengalaman itu sangat berharga.. Aku seronok sekali.. Lebih-lebih lagi kuih ibuku mendapat sambutan hangat.. Kadang-kadang, andai ibuku penat pulang dari bekerja, dia tidak membuat kuih.. Pasti ada saja pakcik, makcik, jiran seperumahan bertanya.. Tapi situasi itu tidak lama.. Apabila semuanya sudah stabil, bapa tidak mahu menyusahkan ibuku.. Secara tidak sengaja, kami adik-beradik terdengar luahan bapa memohon ampun kepada ibu.. Kerana ibu terpaksa bekerja dua kali ganda.. Alhamdullillah.. Allah maha penyayang..

Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun.. Pada suatu malam, di bulan Ramadhan, hanya tinggal 3 minggu lagi umat islam berpuasa, kakak ku mengadu sakit kepala.. Disebabkan ibu risau akan keadaan kakak, kami disuruh tidur bersama ibu dibiliknya.. Kira-kira jam 1.30 pagi, waktu itu aku sudah pun tidur disamping kakakku.. Tiba-tiba saja kakakku menjerit minta ditunggu.. Seingat aku, ibu belum lagi tidur ketika itu.. Mungkin juga ibu sedang menjahit baju.. Mendengar jeritan kakak, aku terbangun.. Ibu juga meluru masuk ke bilik.. Aku yang dalam ketakutan melihat perlakuan aneh kakak, segera bangun mendapatkan abang sulungku yang berada betul-betul didepan pintu.. Ibuku sudah duduk didepan kakak.. Kakak meraung, menangis, ketawa dalam satu masa yang sama.. Ibuku yang tadinya panik, tiba-tiba bertukar menjadi seorang yang sangat tabah dan tenang.. Aku hanya mampu berdiri ditepi pintu bersama abang-abangku yang lain..

Baju lusuh ibu ditarik-tarik oleh kakak.. sambil menunjukkan arah keluar, kakakku memujuk ibu.. "ma..... boleh la ma... ma... dia tunggu tu ma... ma... suruh dia tunggu.. ma... tunggu......" Kakak bersuara manja sekali tetapi diselangi dengan tangisan dan ketawa.. hanya itu kata-kata yang berulang kali kakak ucapkan.. Kakak bukan lagi dirinya sendiri.. Seakan ada sesuatu yang menguasai dan mengunci fikirannya.. Berkat daripada sedikit ilmu yang ibu perolehi, ibu membaca beberapa surah dan ayat suci.. Kakak akhirnya tewas dan rebah dipelukan ibu.. Tiba-tiba cermin tingkap ibu dilanggar-langgar oleh sesuatu.. Kaget.. Kedengaran suara Topo, kucing peliharaan keluarga kami.. Bayang-bayang Topo melompat-lompat hendak menangkap sesuatu jelas kelihatan.. Walaupun begitu, tiada seorang pun dari kami meninggalkan bilik ibu.. Akhirnya, Topo berjaya..

Sedang ibu berusaha mengejutkan kakak, telefon rumah berbunyi.. Jam waktu itu tepat menunjukkan jam 3.45 pagi.. Disebabkan tiada diantara kami yang berani menjawab panggilan tersebut, ibu seakan faham lantas berdiri.. Ibu meminta kami memerhatikan kakak.. Aku ikut ibu.. Namun langkahku terhenti di anak tangga.. Aku hanya memerhatikan ibu menjawab panggilan tersebut.. Tiba-tiba ibuku jatuh terduduk.. Gagang telefon yang terlepas sebentar tadi, segera dicapainya semula.. Aku bingung lagi.. Air mata ibu deras berlinangan.. Ibu meletakkan gagang telefon dan mendekati aku.. Diciumnya dahiku beberapa kali.. Aku mengiringi langkah ibu ke bilik..

"Bapa kamu sekarang berada di hospital Queen Elezabeth Kota Kinabalu.. Dia pengsan sewaktu menjalankan tugas.." air mata ibu jatuh lagi.. Ya Allah... Ujian apakah ini... Malam itu terasa sangat shahdu.. Kakak sudah sedarkan diri tetapi masih lemah.. Bapa pula tidak tahu samada sudah sedar atau belum.. Kami pasrah.. Ibu pesan supaya kami kuatkan hati.. Semua ini ujian Allah.. Berdoa supaya keluarga kami tabah menghadapi situasi ini..

Keesokan harinya, kami dimaklumkan bahawa bapaku disahkan menghidap penyakit jantung yang kronik.. Mungkin disebabkan tekanan kerja, ditambah pula dengan perasaan rindu terhadap keluarga membuatkan bapaku begitu.. bapaku dikatakan terlalu kerap merokok dan tidak mengikuti cara pemakanan yang betul.. Petang itu juga ibu pergi mendapatkan bapa di Sabah.. Dan selang beberapa hari selepas itu, bapa dan ibuku diterbangkan ke Kuala Lumpur kerana bapaku akan menjalani pembedahan jantung.. Tinggallah Kami 5 beradik dirumah..

2 minggu menanti, akhirnya ibu dan bapaku kembali ke Labuan.. Kami semua menjemput ibu dan bapaku di lapangan terbang.. Air mata tidak lagi tertahan.. Melihat langkah mereka keluar dari perut pesawat, adalah perkara yang paling membahagiakan.. Kelihatan susuk tubuh bapaku yang dulunya berisi, namun ketika itu tidak lagi.. Dalam kesakitan, Bapa menguntumkan senyuman.. Ibu juga tersenyum melihat kami.. Hari itu, sebuah keluarga bahagia, bersatu kembali...

Hari Raya pun menjelma.. Pada tahun itu, semuanya serba sederhana.. Keadaan kakak semakin stabil.. Sampai ke hari ini, tidak diketahui mengapa kakak menjadi bukan dirinya.. Dan bapaku juga beransur pulih.. Jelas keceriaan pada wajah bapa kerana dapat berkumpul bersama kami.. Ketika itu, kami semua bersyukur kerana disatukan.. Sesungguhnya benar.. Allah itu maha adil.. Diberinya kami cubaan dan dugaan, digantikannya dengan penyatuan dan kegembiraan.. Amin....



0 comments: