Photobucket

...My BesTFRieNDs...

...My BesTFRieNDs...
...PErsaHABaTan YaNG seJAti tiDAk mUnGKin aKAn bERLaLu PerGi...

Monday, May 31, 2010

2nd MEET WITH LOVE MEET-G -1st DAY-






Urrmmm... Sudah 2 minggu berlalu, saat dia kluar dr pintu balai ketibaan.. 'sayang d mna?' msj pertamanya.. Jelas waktu itu dia sudah tiba di bumi Labuan.. Dengan perasaan 'guduk-guduk' yang kuat, aku memandu perlahan 'jiewer'.. Sebenarnya, sblm memulakan perjalan, berkali-kali ku hubungi Mazline.. Tapi maci tu nda siap lg! fuuh! terpaksa ku gagahkan diri, membuka kereta, memasukkan kunci dan menghidupkan enjin kereta.. 'kamu di mana ni? sy nda nmpk kamu pun..' panggilan pertama meet-G setibanya dia di Labuan kusambut.. 'kamu sudah di mana? sudah ambil beg?' jelas sekali perasaan teruja itu tergambar pada perbualan kali ini.. 'belum lagi.. saya baru keluar flight ba ni..hehehe..' fuuh.. Selamat..getus hatiku.. Ingatkan aku sudah terlewat dan mereka terpaksa menunggu lama.. 'kalau macamtu, kamu pergi la ambil beg dulu.. kejap lagi saya sampai..' panggilan ditamatkan dengan ucapan sayang dari kami.. Perjalanan yang hanya mengambil masa kurang daripada 10 minit itu akhirnya berakhir jua.. Setibanya aku di lapangan terbang Labuan, aku sempat menarik nafas panjang sebelum aku melangkahkan kaki ke balai ketibaan.. Benar, hanya Allah saja yang tahu perasaanku ketika itu.. Seluruh tubuhku seakan membeku, sejuknya!

'kamu dimana? saya sudah maw keluar ni..' suaranya bergema di corong hp ku.. 'ada disini.. mana kamu? saya nda nampak pun?' balasku dengan hati yang penuh debar.. Andai saja aku mampu menjadi lutsinar, akan ku bertukar saat itu juga.. Hehehe.. Usai aku melontarkan kata, dua jejaka membawa bagasi berjalan ditepiku.. pandangan mata sempat juga bertemu, lalu menguntumkan senyum.. Ya Allah.. bahagianya hari ini.. Buah hatiku KAU kirimkan ke mari... Hatiku berbicara sendiri.. Aku harus percaya, didepanku adalah Meet-G dan syafiq! Pertemuan kali ke-2 benar-benar membawa bahagia.. Percutian mereka bermula dengan mengambil sahabatku, Mazline yang sudah pun menunggu dirumahnya.. tidak pula kami singgah lagi disana dan terus saja ke hotel penginapan mereka.. Setelah selesai urusan di kaunter, kami menunggu mereka membersihkan diri dan sempat juga Mazline membeli cucur udang untuk kami makan sementara menunggu..(^,^)

'Assalamualaikum..' sampai didepan pintu rumahku.. 'Waalaikumsalam..' papa menyambut kami dengan senyuman.. Seronok melihat papa bertemu pilihan hati.. betullah kata orang, hubungan yang direstui keluarga sangat membahagiakan.. Mahu dipendekkan cerita, tengahari itu Meet-G dan Syafiq lunch dirumahku.. Dan tengahari itu mereka hanya datang untuk makan.. Teringat peristiwa yang berlaku awal pagi tadi, sedang aku sedang sibuk menyediakan bahan untuk memasak makanan tengahari, mama hanya memerhatikan tingkahku.. Mungkin juga mama malas hendak mengganggu aku yang begitu semangat dan berkobar-kobar memasak seawal jam 8 pagi.. Hehehe.. Namun aku sangat berterima kasih padanya, kerna hari itu mama mungkin tahu aku agak kalut dan berdebar.. Seakan diberi tugasan, mama bingkas bangun lalu membantu aku menghiriskan bawang dan beberapa bahan yang lain.. Mudah kerjaku pagi itu.. Hehehe... Selesai makan, Meet-G dan Syafiq kembali semula ke hotel untuk berehat.. Perjalanan yang memenatkan pasti mengganggu percutian andai tidak mendapat rehat yang cukup.. Kalau diikutkan hati, mahu saja aku untuk tidak melepaskan Meet-G kembali, namun atas dasar memahami aku lepaskan dia sementara waktu.. Untuk berehat saja taw! rindu...... hiiuwww....(~.~)

Selepas solat maghrib, mereka kembali ke rumahku.. ‘Paksu… Pakcik Syafiq…’ meluru anak buahku berlari mendapatkan mereka.. Malam itu 2 sahabat ini bertemu semua ahli keluarga.. Hati ini kembali berbunga-bunga.. Errr rasanya sejak pagi tadi bunga-bunga cinta dihati tidak pernah hilang.. Mungkin juga kuantiti bunga-bunga dihati malam ini bertambah dengan jumlah yang agak banyak.. Hehehehe.. ‘Kamu yang masak malam ni?’ soal Meet-G ketika dimeja makan.. ‘Err.. Bukan, mama yang masak..’ mama yang mendengar jawapanku dari arah ruangtamu hanya tersenyum dan mengerutkan dahinya.. ‘Oh.. Ya? Betul?’ Soalnya kurang percaya.. Malu untuk mengakui apabila ditanya begitu, aku menjawab ‘betullah..’.. Syafiq hanya tersenyum.. Makan malam, borak-borak, melihat gambar-gambar lama.. Malam itu berlari dengan laju..... ~~~

0 comments: