Photobucket

...My BesTFRieNDs...

...My BesTFRieNDs...
...PErsaHABaTan YaNG seJAti tiDAk mUnGKin aKAn bERLaLu PerGi...

Saturday, July 4, 2009

KISAH SUAMI ISTERI


Maka, tersebutlah kisah tentang sepasang suami isteri muda, mempunyai seorang cahaya mata bernama Tuti yakni terhasil daripada gabungan nama si suami (Tuah) dan isterinya (Tijah)..
( errr.... sebenarnya tak bagitau pun tak pa.. hehehe.. )

Hendak dijadikan cerita, pada suatu petang yang tidak begitu mendung, Tijah mendodoikan anaknya seperti selalu.. sudah menjadi kebiasaan Tijah, setiap jam 3 petang, dia akan mendodoikan anaknya ditepi jendela, sambil menyanyikan beberapa buah lagu balada khas buat anakanda tercinta.. bukan apa... sewaktu bujangnya dulu, dia ni bercita-cita hendak menjadi penyanyi.. malang sekali bakatnya tersekat kerana niat untuk bersuami diusia yang muda lebih mendalam berbanding cita-citanya yang tidak murni itu.. apa yang pasti, industri muzik tanah air kita tidak akan rugi tanpa Tijah.. walaubagaimanapun, sikap Tijah menjaga dan menidurkan anaknya setiap hari harus diberikan pujian...

Hendak dijadikan cerita lagi, si anak itu tadi akhirnya tidur juga.. seakan pasrah mendengar Tijah menyumbangkan lagu dengan alunan melodi yang sumbang, ditambah lagi dengan suara Tijah yang sememangnya sumbang, menambahkan lagi kesumbangan pada lagu yang disumbangkan.. fuhhh.. berapa banyak sumbang daa.... lalu, dengan penuh berhati-hati, cermat dan berhemat, Tijah pun meletakkan anaknya diatas katil mini.. terdetik rasa bangga dihatinya kerana berjaya menidurkan anak kecil itu... kemudian, Tijah pun memulakan tugas dipejabatnya yakni di dapur..

Hendak dijadikan cerita selanjutnya, tiba-tiba sahaja suami Tijah yakni Tuah, masuk ke dalam rumah dengan menunjukkan ekspresi wajah yang mencemaskan seakan dikejar 'along' lagaknya.. "tie... Ooo Tie.. (panggilan manja untuk Tijah) Tie letak dimana semua barang-barang Tue? (panggilan manja untuk Tuah) Tue nak pergi main bola.. dah lewat ni.." cheyyyhhh... pergi main bola rupanya.. huh! Tuah pun terus berlegar-legar sekitar rumahnya... keluar masuk bilik, ruangtamu, dapur, almari, stor, err... tandaslah satu-satunya tempat yang Tuah tidak lawati..

"TIE!!!!!!!!!"
Keras sungguh suara Tuah memanggil Tijah.. "waaa waaa waaa waaa" (errr...tu sound effect suara Tuti menangis) serentak dengan itu juga kedengaran suara Tuti dari dalam bilik.. sudah tentu Tuti terkejut mendengar owh jeritan batin ayahandanya.. Lantas, Tijah keluar dari pejabatnya dan meluru masuk ke dalam bilik.. jam pada dinding diperhatikan tajam oleh Tijah.. ada 5 minit lagi sebelum melangkah tepat jam 4 petang.. sambil dia mendukung Tuti, pantas dia mendapatkan Tuah ..

"Tue cari apa? kenapa terjerit-jerit ni???" panas sungguh hati Tijah..
"Tie letak mana stokin untuk main bola Tue? puas Tue cari tak jumpa.." ada sedikit kecewa dalam getar suaranya...
"Eh?? Tue cari stokin yang mana satu ni??" sambil melihat suaminya dari atas sampai bawah..
"Yang kaler hitam, ada corak pink kegemaran Tie.." jawab Tuah dengan selamba..

Sambil menuding jari pada kaki Tuah, Tijah berkata, " tu apa dikaki Tue???"
Sepantas kilat kepala Tuah menunduk "eh..??? sudah ada dikaki rupanya.. magiknya...."

Senyuman tawar terlukis dibibir Tijah.. nampaknya hari ini melepaslah dia untuk menyaksikan rancangan rosalinda yang bermula pada jam 4 petang.. mahu saja dia menumbuk, menyepak dan menerajang suaminya.. atas faktor 'aku ini isterimu dan kamu itu suamiku', Tijah membatalkan hasratnya.. mahu tak mahu terpaksalah dia melayan cerita kartun kegemaran Tuti...

'sia-sia aku tidurkan Tuti!!!' bisik hatinya geram.......


moral of the story : ikhlaskan hati kalian dalam membesarkan amanah allah.. sesungguhnya doa seorang anak amat diperlukan oleh ibubapa sewaktu ditemani cacing dan isi tanah.. renung-renungkanlah.......

0 comments: