Photobucket

...My BesTFRieNDs...

...My BesTFRieNDs...
...PErsaHABaTan YaNG seJAti tiDAk mUnGKin aKAn bERLaLu PerGi...

Sunday, August 9, 2009

MAT PATAH KAMPUS BERTAMBAH..!!!

"Wer, aku and Hajar nak gi men volleyball pulak ni.. Siap netball, ko gi join kitorang k.."
Maria, kawan aku yang ala-ala bos memberikan arahan.. Suka hati dia ja suruh aku tunggu players ni habis main.. Mau tidak mau, suka tidak suka, aku pun ok kan ja la...

Semangat juga para siswi kampus aku ni bersukan.. Aku yang sememangnya gemar sukan bola jaring, sangatlah happy melihat sukan ini mendapat sambutan hangat oleh para siswi.. Niat murni aku untuk menaikkan semula nama persatuan ini, insyaallah bakal terlaksana.. Andai setiap minggu aku adakan latihan, para siswi akan datang berpusu-pusu sebegini.. Fuhhh.. Sempat juga aku berangan.. Amin.. Amin.. Amin.. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan segala urusan..

Tepat jam 5.45 petang, perlawanan suka-suka pun tamat.. Aku, ala-ala coach lagaknya dengan selamba menasihati adik-adik junior, siswi-siswi yang seangkatan denganku dan tidak lupa kepada kakak-kakak senior, supaya mereka memanaskan badan sebelum bermain dan membuat sedikit senaman penyejukkan badan selepas bermain.. Tidak ketinggalan, ada yang ku pesan supaya memakai kasut.. Berkaki ayam atau berselipar sangatlah membahayakan diri sendiri.. Akhir sekali, sempat juga aku memberitahu bahawa latihan akan diadakan setiap hari.. Kalau ada masa, bolehlah ikut serta.. Tidak lupa ku ucapkan terima kasih pada mereka.. 'Susah-susah saja' bak kata Felix Af3.. Hehehe...

Selesai mengemas 'bips' dan mengumpul bola, aku meneruskan langkahku ke gelanggang volleyball.. Walaupun penat bermain bola jaring, namun aku masih mahu bermain bola tampar.. Tidak lama lagi, kampusku akan menganjurkan pertandingan tertutup untuk para siswa dan siswi.. Aku dan rakan-rakan pasti tidak mahu ketinggalan..

Dari luar gelanggang, ku lihat Maria dan Hajar tengah kusyuk bersukan.. Aku pun mempercepatkan langkah masuk ke dalam kawasan gelanggang.. Niat dihati mau join diorang.. Ada abang senior juga yang kebetulan ternampak aku masih menjenguk-jenguk, memanggil aku agar segera turut serta.. Aku berlari-lari anak ala-ala gaya comel yang tidaklah secomel mana..

Alangkah terkejutnya aku.. Kumpulan yang mereka lawan ini adalah kumpulan lelaki-lelaki patah dan tidak ketinggalan punya teman-teman 'sepatahan' yang turut datang untuk memeriahkan suasana dengan laungan sorakkan.. Waaaa.. Biar betul??? Aku seakan tidak percaya.. Gabungan lelaki patah senior dan junior.. Ramainya........

Sungguh tidak ku sangka.. Mat patah kampusku bertambah.. Kemasukkan pelajar baru kali ini nampaknya ramai juga yang sebegini.. Makin tidak ramai pilihan untuk siswi mencari calon suami.. Hahaha.... Namun, ada baiknya mereka.. Kadangkala, merekalah sahabat yang paling setia.. Tidak pernah cuba menjatuhkan maruah wanita.. Malah merekalah yang menjaga kaum hawa.. Percaya atau tidak, mereka sanggup dihina demi menjaga nama baik wanita.. Kerana aku punya sahabat, dia juga tidak menjaga ketulenannya.. Namun, dia sangat berani bersuara.. Ketika ada pelajar lelaki mengganggu seorang temanku, dialah yang menjadi heronya.. Errrr.... Heroin agaknya.. Huhuhuhu....

Petang itu ku batalkan niatku untuk bermain bola tampar.. Mana mungkin aku bisa lama disana.. Risau andai aku tergelakkan tingkah mereka.. Bukan niat mahu menghina.. Tapi kadang-kadang perlakuan mereka sangat membuatkan aku mudah ketawa.. Takut juga nanti ada yang mudah terasa.. Langkah terbaik...,
"Jar, Ya, aku tak boleh lama.. Balik dulu.. Assalamualaikum....."
Kulangkahkan kaki menuju ke kereta, 'vrooommmmm....' balik rumah....(^.^)


* psstt... gambar tu tiada kena mengena langsung dengan cerita.. hiasan cuma.. hehehehe..

PESANAN SEORANG SUAMI

"Andai saya pergi dulu, kamu jangan kahwin lain ya sayang.. Kalau kamu mau tahu, di akhirat nanti semua pasangan suami isteri akan kekal menjadi pasangan suami isteri.. Dan mereka akan dibangunkan semula sebagai suami isteri tau sayang.. Kalau kamu kahwin lain, nanti di akhirat saya akan menangis lihat kamu dengan lelaki lain.."

Deras air mataku mengalir mendengar setiap butir bicaranya.. Katanya, itu adalah pesanan seorang suami yang patut dipesan pada si isteri setiap hari.. Supaya si isteri tidak lupa, bahawa si suami sentiasa menunggu si isteri untuk bersama kembali..

"Kalau kamu mau tahu lagi, nanti akan ada ramai lelaki menangis melihat isterinya bersama lelaki lain tau sayang.. Kamu jangan jadikan saya salah seorang dari mereka ya sayang.."

Sebak memenuhi ruang dadaku.. Rasa kasih ku padanya hanya Allah yang tahu.. mendengar itu sahaja sudah cukup meremangkan bulu romaku.. Mana mungkin aku akan berpaling.. Sayangnya, aku tidak punya cara untuk mengekspresikan perasaan ini..

"Kalau saya pergi dulu dan kamu kahwin lain?"

Aku cuba menguatkan nada suaraku yang kedengaran sedikit terketar-ketar dan sengau.. Dia tahu aku sedang menahan rasa.. Seakan ada sedikit rasa bersalah dihatinya..

"Kalau lelaki tak apa.. Kan bagus tu.. Ada juga teman kamu nanti disamping saya.."

Dia mula membuka suasana ceria setelah dia berjaya menjerumus aku ke suasana yang hiba.. Aku sedikit tergelak dengan kata-katanya.. 'teman' yang dimaksudkan adalah maduku.. Mana mungkin aku setuju.. Hehehe..

"Yang, walaupun saya boleh dan saya mampu, saya tak akan buat kamu macam tu.. Saya hanya mahu kamu, dan selamanya bersama kamu.. Sampai syurga, sayang.."

Kata-kata itu sangat membuatkan aku terharu.. Suasana hiba, bertukar ceria dan seterusnya mendatangkan bahagia..

Selesai berbicara, sms ku hantar sebagai tanda kasih yang tidak terhingga..

"Sayang, saya mahu hidup bersama kamu, dan dibangunkan semula juga bersama kamu.."

Terima Kasih Ya Allah.. Semoga perhubungan ini sentiasa berada dalam landasan kasihmu.. Amin....

Sunday, August 2, 2009

MEET-G IN WERDA'S HEART

Siapa sangka, perkenalan yang tidak terduga melahirkan rasa kasih yang mendalam.. Saat aku sedang dihimpit kebuntuan, saat dia sedang dilanda badai kesedihan, kami seakan serasi dalam 1 alunan.. Kebuntuan meninggalkan, Kesedihan ditinggalkan.. Kisah yang berbeza, namun dalam 1 melodi yang sama.. Kisah Meet-G in Werda's Heart menyingkap segalanya...

Sebelum mengenali dia, hidup ini seakan drama bersiri yang terlalu banyak dengan kisah pergolakan.. Bukan aku tidak mensyukuri nikmat tuhan, memberikan aku rasa dikasihi dan disayangi oleh seorang insan yang bergelar 'lelaki'.. Namun, kesilapan demi kesilapan yang dilakukan bersama membuatkan aku takut pada bayangan sendiri.. Allah itu maha mengetahui.. Kami seakan alpa dan hanyut dalam mainan perasaan sendiri.. Sudah tentu bukan silap sebelah pihak.. Aku juga turut rasa bertanggungjawab.. Keserasian mungkin tiada dalam perhubungan kami.. Atau boleh jadi, tuhan menyayangi kami dan tidak mahu kami terus hanyut dalam mainan pementasan dunia.. Kini, bertemunya saja, sebolehnya akan cuba aku elakkan.. Pasti dia tahu mengapa dan kenapa aku bersikap sedemikian.. Buat insan yang aku maksudkan, maafkan diri ini andai membuat kau sakit hati.. Semoga kau memahami dan sentiasa diredhai..


Lain pula kisahnya dengan si jejaka.. Perkenalan seawal usia setahun jagung, membuahkan rasa sayang melebihi perasaan abang kepada adiknya.. Teman sepermainan yang pada awalnya dianggap adik, meluahkan rasa kasih pada pertemuan diusia remaja.. Katanya, tiada alasan untuk dia menolak dan dia akur dengan ketentuan Allah.. Namun, entah mengapa setelah beberapa bulan bersama, si kekasih mendiamkan diri secara tiba-tiba.. Puas dia berikhtiar mencari penjelasan yang sebenar.. Memandangkan jarak antara mereka sangat jauh, dia tidak punya cara untuk bertemu sendiri dengan buah hatinya.. Setelah setahun menjadi penunggu setia, dia akur buat kali ke-2 apabila pertemuannya dengan si kekasih menjawab segala persoalan yang bersarang diminda.. Jodoh, pertemuan dan perpisahan adalah kehendak Allah.. Dalam pada itu, dia tidak dapat lari daripada kehadiran wanita seterusnya.. Perkenalan yang diaturkan oleh seorang teman, nampaknya menjadikan dia bersemangat semula.. Namun, sekali lagi entah mengapa keserasian mereka tidak lama.. Allah lebih mengetahuinya dan dia redha.. Bukan salah siapa-siapa.. Itulah yang selalu dia katakan..


Semua yang berlaku adalah sejarah lalu.. Sejarah yang menjadi kenangan buat kami dan akan sentiasa tersusun rapi dalam lipatan ingatan kami.. Aku sedar, aku bukan seorang insan yang baik pada masa laluku.. Siapa sahaja yang berada disampingku dulu, pasti tahu siapa aku.. Walaupun aku dikenali dengan gelaran 'PAPA's GURL' yang berkelakuan agak manja, namun tidak dinafikan aku juga sebenarnya seorang yang jiwanya agak memberontak dan keras kepala.. Pergerakan yang sering dikawal, sering ditegah, selalu dikongkong dan selalu diperhatikan membuatkan aku melakukan sesuatu tanpa pengetahuan ibu bapaku terlebih dahulu.. Sudah aku lakukan, baru aku akan memberitahu mereka.. Walau aku tahu, cara itu pasti akan membangkitkan kemarahan.. Tapi, itu dulu.. Zaman persekolahan.. Zaman muda yang penuh dengan suka duka.. Mewarnai usia remaja, yang kadang kala boleh membangkitkan kerinduan..


Berbeza dengan Kehidupan si jejaka.. Hidupnya rasanya lebih teratur dan bersahaja.. Menghormati orang tua, sentiasa mendahulukan ibu bapa, sudah menjadi kebiasaannya.. Bukan aku tidak menghormati ibu bapaku.. Namun, cara yang ditunjukkan olehnya agak jauh berbeza dengan caraku.. Dia tidak pernah menjawab apabila dimarah, sentiasa mendengar nasihat, lebih banyak mendiamkan diri, dan yang paling membuatkan aku terharu, dia tidak akan membela diri walaupun dia tahu kebenaran berpihak kepadanya.. Waaa..., bagi diriku, jika aku berada dipihak yang benar, aku akan lantang bersuara melontarkan kebenaran.. Dari segi kehidupan seharian, rasanya aku ini agak sosial juga (mengambil kira faktor masih dalam batasan) berbanding dirinya, dia lebih selesa menghabiskan masa dirumah dan sekali sekala, barulah dia keluar menghabiskan masa dengan teman-teman..


Kehidupan yang berbeza, cara hidup yang berbeza, pergaulan yang berbeza, cara didikan yang berbeza, dan minat yang serba-serbi berbeza membuatkan setiap topik perbualan kami menjadi sangat menarik.. Mulanya terdetik rasa dihati untuk tidak memberitahunya siapa aku yang sebenar.. Maklum sajalah, siapa juga yang mahu membuka pekung di dada.. Inikan pula pekung di dada sendiri.. Namun, entah mengapa aku seakan tidak segan untuk bercerita kepadanya.. Dan dia juga tidak teragak-agak memberitahu siapa sebenarnya dia.. Hari-hari yang berlalu seakan sepi tanpa berita darinya.. Sebetulnya, yang aku rindu itu bukan dia.. Kata-kata nasihat, gurauan dan loghat bahasanya itu yang membuatkan aku tertunggu-tunggu..


Mengenali dia bukanlah suatu perkara yang dirancang.. Perkenalan kami tidaklah seindah mana.. Tidak pula seteruk mana.. Sekadar perkenalan biasa, yang berlaku secara tiba-tiba.. Teguran pertama menerusi Tagged, membawa kami ke alam persahabatan di dunia 'chatting' menerusi YM.. Itupun, sekadar teguran biasa-biasa sahaja.. Tidak ada yang menarik pada mulanya.. Semuanya hambar memandangkan kami sama-sama memiliki teman lain sebagai teman 'chatting'.. Selang beberapa hari, entah bagaimana kami boleh 'berchatting' dalam 1 tempoh masa yang agak lama.. Wujud perasaan seronok bercerita dengannya.. Namun tidak pula kami berjanji untuk 'berchatting' lagi.. Hanya secara kebetulan, masa kami melayari internet adalah sama.. Iaitu setiap malam, di mana sememangnya masa itu adalah masa kegemaran bagi semua 'chaterz' melayan diri masing-masing di dunia internet..


Hendak dijadikan cerita, pertemuan di YM benar-benar bermakna.. Dalam tempoh perkenalan yang singkat itu, kami bertukar-tukar cerita.. Walaupun pada mulanya agak hambar, namun dalam sekelip mata, semuanya bertukar menjadi sangat menarik.. Ketika hati sedang melonjak-lonjak teruja dengan perkenalan yang baru terjalin, dia memberitahu ku bahawa dia akan balik bercuti dan tidak akan melayari internet dalam tempoh beberapa hari.. Lalu, kami berfikir mahu menggunakan alternatif lain untuk terus berhubung.. Dengan penuh hormat, dia meminta izin andai aku dapat memberikan nombor telefon bimbitku kepadanya.. Mulanya ada sedikit keraguan untuk aku memberi nombor telefon bimbitku ini.. Maklum saja, kenal baru beberapa hari.. Dan sememangnya bukan sikap ku untuk memberikan nombor telefonku yang ku anggap peribadi.. Namun, entah mengapa.. Aku yakin terhadap dirinya.. Aku beri jua memandangkan aku sudah rasa terhibur dengan kisah-kisahnya.. Lantas, nombor telefon bimbitnya segera keluar di skrin telefon bimbitku.. Tanda dia membuat 'Missed called', memberitahu bahawa itu adalah nombornya..


"Kamu jangan terpikat dengan saya ye" si jejaka membuka cerita..

"Kenapa? Kalau saya terpikat dekat kamu?" selorohku..

"Sebab kamu jauh.." balasnya bersahaja..

"Kalau saya dekat?" aku menduga..

"Kamu tu cantik.. Kalau kamu dekat, sudah lama saya ngorat kamu.. Hehehe.."

Gurauannya sangat menyenangkan hatiku.. Perempuan dan kata-kata pujian, sememangnya tidak dapat dipisahkan.. Begitulah seterusnya.. Dia sering memberi kata-kata pujian disamping kata-kata nasihat kepadaku.. Errr... Nasihatnya, biar aku saja yang tahu.. Hehehe..


Persahabatan kami berjalan seperti biasa.. Menarik dan bersahaja.. Tenang dan menyenangkan.. Selang beberapa hari, dia kembali ke asramanya.. Malam itu juga kami berhubung menerusi YM semula.. Tiba-tiba dia menelefon aku menerusi YM.. Namun tidak pula ku jawab.. Ku tanya 'mengapa?', katanya 'saja mahu mendengar lagu bersama'.. Kemudian aku membenarkan dia menelefonku semula.. Dalam masa yang sama, dia memberitahu bahawa dia punya kenalan rapat berasal dari Limbang, Sarawak.. Katanya, dia mahu dengar samada loghat Labuan dan Limbang serupa atau tidak.. Dengan erti kata lain, dia mahu berbicara denganku.. Waaaa.. Sejujurnya aku ini bukanlah jenis yang tidak pandai berbicara dengan lelaki.. Entah mengapa, terdetik suatu rasa yang berbeza untuk menunaikan permintaannya.. Degupan jantung menjadi bertambah laju.. Impaknya, ada sedikit getar dalam nada suaraku.. Malunya.....


Malam itu, malam bersejarah buat kami.. Kerana itu adalah malam pertama kami mendengar suara masing-masing.. Lucu juga.. Kami sama-sama berusaha sedaya upaya untuk bertutur menggunakan laras bahasa yang betul.. Walaupun loghat bahasaku masih kedengaran sedikit Labuan dan dia pula masih kedengaran sedikit Terengganu, kami dapat berkomunikasi secara berkesan.. Syukur.. Perbualan kami tidak membosankan.. Malah, rasa tidak puas pula berbual dengannya.. Sejak itu, panggilan pertama tidak terhenti setakat disitu sahaja.. Kami kerap berbicara walau dalam tempoh masa yang singkat-singkat.. Entahlah.. Tiba-tiba saja, rindu datang bertamu di dada.. Rasanya ingin selalu mendengar nasihatnya.. Rasanya ingin kerap mendengar pujiannya.. Tidak pernah bosan mendengar suaranya.. Namun, semua itu ku pendamkan menjadi rahsia..


Suatu hari..,

"Werda, kamu rasa kamu mampu untuk teruskan hubungan ni hanya sebagai sahabat?"

mesej menerusi sms dikirimkan kepadaku.. Terasa bergeledak hemoglobin didalam badanku.. jari-jemari menjadi kaku untuk membalas mesej itu.. Aku faham maksud yang ingin dia sampaikan.. Yang menghairankan, persoalan itu keluar secara tiba-tiba.. Setahu aku, tidak pernah pula dia cuba untuk memikat aku.. Dan tidak pernah juga kami bercerita soal hati dan perasaan secara serius.. Mengapa tiba-tiba sahaja dia bertanya soalan seperti itu? Puas aku memikirkan jawapan.. Sebenarnya aku sendiri keliru.. Mengapa ada rasa rindu, andai hati tidak punya rasa sayang? Mengapa ada rasa cemburu, andai hati belum bertaut kasih? Dan mengapa ada rasa sunyi, andai dia berdiam diri? Apa yang dia fikirkan? Apa yang bermain dibenaknya sekarang? Aargghhh... Aku bermonolog.. Bagai mendapat suntikan, tiba-tiba sahaja ada rasa kasih yang deras mengalir ke seluruh tubuhku..


"Kamu tahu saya boleh jadi lebih dari itu"

Jawapan ringkas dengan harapan dia faham akan maksud yang mahu aku sampaikan.. Entah apa jadi seterusnya.. Topik itu terhenti sampai disitu sahaja.. Kami bercerita kisah yang biasa-biasa.. Tiada kaitan langsung dengan soalan dan jawapan tadi.. Bingung.. Namun ku teruskan jua bermesej dengannya.. Pelikkan? Entah apa yang dia fikirkan...


Malam itu, kami berbual lagi menerusi panggilan telefon.. Rasa lain benar perbualan kali ini.. Walaupun pada dasarnya topik yang dibuka semuanya topik yang biasa-biasa, namun ada satu perasaan gementar yang bersarang dan bermaharajalela di dada.. Itu akulah.. Tidak tahu bagaimana dengannya.. Puas aku menanti topik siang tadi diutarakan kembali.. Namun sampai ke akhirnya, tiada juga.. Aku pasrah.. Mungkin itu hanya mainan perasaanku.. Lama kami berbicara, diselangi dengan gelak tawa.. Dia pandai bergurau senda.. Melihat pada jam yang sudahpun menunjukkan jam 3 pagi, kami menamatkan perbualan dengan hatiku yang sangat berbunga-bunga.. Adakah aku sudah jatuh sayang padanya??? Ku biarkan persoalan itu tanpa sebarang jawapan.. Kerana bagi ku, perigi tidak mungkin akan pergi mencari timba..


"Werda, kamu tu sekarang sudah jadi buah hati saya taw.. Jangan menggatal dengan lelaki lain ya.. Saya tumbuk kamu nanti.. Hehehe.."

Tiba-tiba aku menerima mesej darinya.. Nasib baik aku belum terlena.. Mesej seakan menjawab persoalan, membawa pengertian yang sangat bermakna..


Aku tersenyum sendirian.. Lega, gementar, gembira, syukur.. Ya Allah.. Anugerah yang Engkau berikan sangat bermakna.. Secara tiba-tiba Kau memperkenalkan aku dengannya.. Tiba-tiba Kau membuka hatiku untuk bersahabat dengannya.. Tiba-tiba Kau Merapatkan ukhwah kami bersama.. Dan secara tiba-tiba Kau menghadiahkan kami perasaan yang serupa.. Syukur alhamdullillah.. Aku berterima kasih kepadaMu Ya Allah..


Sayang, di awal persahabatan kita, terlalu banyak yang terjadi secara 'tiba-tiba'.. Dan semuanya kita tempuhi dengan penuh rasa suka.. Setelah melangkah ke alam kasih sayang, aku mengerti hati kita semakin kuat untuk bersama.. Walau kadangkala kita tidak lepas dari perasaan cemburu dan risau tidak bertempat, semua itu adalah pelangi yang memeriahkan cerita tentang kita.. Ku akui, aku ini kuat cemburu orangnya.. Dan kau pula tidak pernah marah.. Meninggikan suara, jauh sekali.. Kesungguhan yang kau tunjukkan, pujukan yang menenangkan, seringkali membuatkan aku tidak sabar untuk menjadi surimu..


Sayang, kini kau amat bermakna.. Aku tahu, kita tidak pernah bertemu muka.. Andai kita setanah sekalipun, belum tentu juga kita akan bersua.. Kerana itu sudah menjadi perjanjian bersama.. Pertemuan pertama, melambangkan kita benar-benar bakal bersatu sebagai keluarga.. Hanya doa yang mampu menjadi penyuluh kasih kita.. Serta tawakkal dan usaha kita bersama.. Aku berpegang pada kata-kata..,

"KAMU KENA PERCAYA DAN YAKIN PADA SAYA, SAYANG.. 'SAYA SAYANG KAMU' ITU BUKAN MAINAN DARI SAYA.. ITU ADALAH JANJI DAN SUMPAH SAYA.."


Dan untuk itu, jujur ku katakan disini, teristimewa buatmu meet-G..,

"SAYA ADALAH PENCINTA YANG SETIA.. SELAGI KEYAKINAN KAMU TIDAK GOYAH, SAYA MILIK KAMU SELAMANYA.."



* buat semua pembaca, doakan kami ya.. (^,^)