Photobucket

...My BesTFRieNDs...

...My BesTFRieNDs...
...PErsaHABaTan YaNG seJAti tiDAk mUnGKin aKAn bERLaLu PerGi...

Monday, May 31, 2010

2nd MEET WITH LOVE MEET-G -5th DAY-




Isnin! Seawal jam 4 pagi HP ku sudah berdering.. Sudah pasti itu Meet-G.. Aku tahu dia juga sama sepertiku.. Terasa berat untuk melalui hari ini.. Andai boleh dihentikan waktu, mahu saja ku hentikan waktu itu dan tidak mahu saat itu berlalu.. Hari ini Meet-G bakal kembali ke Terengganu.. Entah apalah yang boleh ku katakan kini.. Yang pasti perasaan ini sebolehnya ingin ku buang jauh-jauh……

7 pagi, aku sudah pun tiba di depan hotel.. Ternyata Meet-G dan Syafiq sudahpun bersedia di luar hotel lebih awal daripada ketibaanku.. Tidak banyak yang mampu ku ceritakan.. Mengenangkan peristiwa ‘hari perpisahan’ walau hanya pada jarak, cukup membuatkan aku hiba.. Pagi itu kami bersarapan di kedai Kopi Sofia.. Usai bersarapan, kami terus menuju ke ke terminal feri Labuan untuk membeli sedikit buah tangan buat keluarga dua sahabat itu.. Ku bawa juga mereka berjumpa mama papa terlebih dahulu, namun jawapan yang diberi..,‘Saya rasa saya nda mampu ba ni..’ .. Aku tahu Meet-G bersedih.. Dan pagi itu selesai sahaja membeli buah tangan, kami terus ke Lapangan Terbang…… fuhhh! Ya Allah…. Kuatkan hati hambamu…. Huhuhuhu…

Selesai check-in, Meet-G mengambil keputusan untuk tidak ke mana-mana.. Kami hanya duduk di Lapangan Terbang hingga masanya pesawat Air Asia membawa mereka pergi jauh dari pulau ini.. Sempat juga petugas menjaga kemasukan penumpang mengizinkan Meet-G untuk keluar semula dan menghabiskan masa bersamaku.. katanya 5 minit sebelum pintu masuk ke pesawat dibuka, dia akan memanggil kami.. Waktu itu Syafiq sudahpun berada dibalai menunggu.. Aku tahu Syafiq memberi kesempatan untuk kami menghabiskan waktu bersama tanpa diganggu.. Makasih Sapik…..

Sudah tiba masanya untuk Meet-G melangkahkan kaki sekali lagi ke balai pelepasan.. Aku akur… 5 hari terasa begitu cepat berlalu... Percutian Meet-G dan Syafiq meninggalkan kenangan yang abadi.. Banyak aktiviti yang dilakukan bersama.. Hanya yang boleh aku katakan, masa digunakan sebaiknya dan dihabiskan bersama.. Aku rindu pada gurauannya.. Rindu pada usikannya yang manja.. Aku rindu senyumannya, rindu pada tingkahnya.. Aku rindu segala-galanya dari dirinya.. Kini hanya menanti untuk pertemuan ke-3.. Moga jodoh itu milik kami.. Moga Allah menyatukan kami dengan Ikatan yang suci.. Moga hati kami terpelihara dengan kasih sayang ini.. Dan moga cinta, kasih, sayang ini kekal hingga syurga.. AMIN YA ROBBAL ALAMIN...... SAMPAI BERTEMU…………………(^,^) Ku pecut JIEWER meninggalkan Lapangan Terbang hari ini.. Yang pasti suatu hari nanti, aku kembali.. Untuk menjemput Meet-G dan mencipta 3rd Meet’s memory………

0 comments: