Photobucket

...My BesTFRieNDs...

...My BesTFRieNDs...
...PErsaHABaTan YaNG seJAti tiDAk mUnGKin aKAn bERLaLu PerGi...

Monday, May 31, 2010

2nd MEET WITH LOVE MEET-G -2nd DAY-


Seawal jam 8.30 pagi, aku sudahpun menuju ke Victoria Hotel.. Pagi jumaat itu terasa sangat nyaman dan sedikit mendebarkan.. Hari ini aku bertemu Meet-G lagi.. Sebelum berangkat tadi, papa sempat berpesan agar kami sarapan di kedai kopi.. Bukan apa, papa juga mahu keluar membeli barang, dan tiada siapa di rumah awal pagi itu memandangkan semuanya bekerja dan anak buahku bersekolah.. Aku akur dengan kehendak papa, dan papa terus berlalu menuju entah ke mana.. Biasalah, pesara seperti papa yang sebelum ini dikenali sebagai seorang yang kuat bekerja, jika terlalu duduk dirumah, pastinya akan mendatangkan bosan dihatinya.. kesian papa.. Tapi untuk membenarkan dia bekerja lagi, sudah pasti aku tidak mahu..

Dengan keadaan jalanraya yang sedikit sesak dengan kenderaan yang semakin menimbun di Wilayah Labuan, perjalanan pada pagi itu memakan masa hampir 20 minit.. 'saya sudah ada dibawah' kuhubungi Meet-G.. 'Ok.. Kejap lagi saya turun..' lalu ku tamatkan panggilan.. Hanya tidak sampai 3 minit, kelihatan Meet-G dan Syafiq beriringan keluar dari pintu Victoria.. Pintu belakang dibuka 'hye Sapik..' sapaku.. Syafiq tersenyum manis dengan matanya yang sepet.. Dalam masa yang sama, Meet-G juga membuka pintu hadapan tapi tidak pula dia terus masuk.. 'Hari ni maw drive?' tanyaku.. 'Urm.. Ok.. Bagi saya drive pula la..' katanya sambil tersenyum.. Dan pastinya senyuman itu sangat aku dambakan dan rindui.. Semalaman ku bayangkan senyuman itu dan akhirnya....Yes! Hari ini ku lihat senyuman itu lagi! angaukah aku??? Hehehehe...

Kedai Kopi Sofia.. Disitulah kami bertiga menjamu selera.. Selesai bersarapan, kami menuju ke pasar ikan untuk mencari ikan patin, kononnya Meet-G ingin memasak hari ini.. Itupun jika ada ikan patin dan tempoyak.. Setelah mengelilingi pasar ikan, ternyata di Labuan tidak begitu terkenal dengan ikan patin.. Kebanyakan ikan yang didagangkan adalah ikan laut berbanding ikan air tawar.. Jelas wajah kecewa Meet-G.. Untuk membuat hatinya kembali ceria, ku cuba mengusulkan beberapa jenis ikan yang mungkin boleh digantikan dengan ikan patin, Syafiq juga mencadangkan diganti dengan ikan kerisi.. Namun tidak pula dia bersetuju.. Lagipun, sebenarnya aku sendiri tidak tahu di mana untuk mencari tempoyak di bandar Labuan ini.. Kami berlalu dari kawasan pasar, meneruskan perjalanan tanpa punyai destinasi yang tertentu.. 'Jum round-round Labuan?' Meet-G memberi cadangan.. Aku dan Syafiq hanya bersetuju dengan cadangan itu.. Lagipun tiada siapa dirumah pagi itu, jadi tidak salah rasanya untuk kami mengelilingi Pulau Labuan yang sememangnya tidaklah begitu besar.. Masa berlalu dengan pantas dan begitu sahaja.. kami sempat singgah di rumah Kak Wendy sebelum pulang ke rumah..

Papa ketika itu seperti sudah lama berada dirumah, pakaiannya juga sudah ditukar.. Kami masuk ke rumah, Meet-G dan Syafiq berbual-bual dengan papa sementara aku menyalin pakaian.. Usai menyalin pakaian, ku lihat papa sudah menyediakan lauk-lauk untuk dimasak buat hidangan tengahari.. Biasanya kalau papa ingin memasak, dia sudah akan sibuk bekerja didapur.. Namun tidak pula hari ini.. 'Wer, masak ah.. ada suda papa kasi sedia tu sana..' sah! Aku diamanahkan untuk memasak hari itu.. Aku hanya menunjukkan ibu jariku kepada papa tanda setuju.. 'Duduk dulu ah, rehat-rehat...' kataku pada Meet-G dan Syafiq.. Syafiq kelihatan sedikit tidak mengendahkan teguranku.. Aku tahu, dia tengah sibuk melayan buah hati.. Hp menjadi peneman Syafiq setiap hari.. Mesej dengan Mumtaz la tu.. Aku tersenyum sendiri.....

'Saya jalan dulu ah..' ucapnya selepas kuberikan selipar Jepun.. Abang Fandy cakap, selipar Meet-G dan Syafiq terlalu cantik untuk dibawa ke masjid, takut dirembat orang.. Hehehe.. Ku sambut sapaan itu dengan senyuman.. Usai mereka masuk ke kereta, telefon rumah berbunyi, dan mama menyambutnya.. Tidak sampai seminit 'Wer.. Cuba ko naik atas, tengok dorang Juan Hawa.. Abang Azman eksiden diatas kita ni!' terasa dibaling kuat jantungku.. Aku pantas berlari naik ke atas ingin melihat apa yang terjadi.. Abang Fandy belum memulakan pemanduan.. 'Abang Azman eksiden di atas!' kataku dengan nada yang panik setelah Meet-G membuka cermin tingkap.. Aku lantas berlari menuju ke jalan utama, tidak ku tahu jika mereka ada bertanya apa-apa.. Kulihat sudah banyak kenderaan yang berhenti.. 'Ya Allah.. Selamatkan Juan Hawa dan abang iparku..' hanya itu yang mampu ku ucapkan dalam hati.. Dari seberang jalan, aku dapat melihat Abang Azman sedang dalam talian.. Rupanya dia menghubungi polis untuk memudahkan urusan..

Alhamdulillah tiada siapa yang cedera.. Kemalangan hanya melibatkan kerosakan pada 3 buah kenderaan, Honda City, Kelisa dan kereta abang iparku.. Sempat Abang Azman memberitahuku perkara yang berlaku sebelum Abang Fandy sampai dan berhenti ditepi jalan.. Abang Fandy, Meet-G dan Syafiq keluar kereta dan memerhatikan setiap kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.. Aku mengambil Juan Hawa dan membawa mereka ke rumah.. 'Nasib baik kita nda mati! Nasib baik kita nda mati!' jerit Juan sambil berlari-lari menuju ke rumah.. Kelihatan mama menanti cucu-cucunya di depan jalan rumah dengan wajah yang begitu bimbang dan panik.. Aku jadi sebak dengan kata-kata Juan sebentar tadi.. 'hahaha.. Abang, tunggu Hawa.. Granny.. Nasib baik kita masih hidup!!' Hawa masih mampu ketawa dengan riang berlari beriringan dengan Juan.. Kanak-kanak, mereka belum mengerti akan perasaan benar-benar risau dan debar.. Namun aku tahu, mereka punya rasa takut.. Sehingga boleh melahirkan kata-kata begitu... Mama menyambut mereka dengan pelukan dan titisan airmata.....

Entah bila mereka balik dari masjid.. 'Wer, hidangkan la makanan.. Balik sudah dorang..' mama masuk ke bilik ku.. Aku lantas bersiap, keluar mengambil air oren yang sudah dibancuh tadi.. Kulihat Meet-G sudah menanti di meja makan seorang diri.. Eh? Kenapa laju degupan jantungku ini??? aku bermonolog.. Meet-G mengukirkan senyum.. kusambut senyumannya juga dengan senyum.. 'Sapik mana?' soalku bersahaja walaupun dalam hatiku penuh gelora.. ‘Ada.. Dia pegi tandas kejap..’ jawab Meet-G sambil melihat aku dengan 1 senyuman yang agak kelucuan.. ‘Apa? Apa? Apa kamu ni???’ soalku menyembunyikan rasa gugup.. ‘Tiada pa-pa.. Hehehe…’ katanya selamba menambahkan rasa debarku.. Syafiq datang dan duduk disebelah Meet-G.. Aku lantas menyambung kerjaku menghidangkan nasi untuk mereka.. ‘Kamu? Jum la makan sekali.. Duduk sini..’ ibarat arahan seorang suami, dan aku ibarat seorang isteri yang patuh pada perintah si suami.. waahh! Hehehehe…..

Bercerita mengenai kisah suka duka dalam hubungan, sepanjang tempoh berkawan sehingga kini, aku Meet-G dan Syafiq tidak henti tersenyum bersilih ganti dengan gelak tawa.. Syafiq juga senang bercerita tentang dia dan buah hatinya.. Topik perbualan yang santai, ringan dan amat tenang menjadikan suasana petang itu tidaklah seteruk mana.. Budak-budak sibuk bermain, sekali sekala Meet-G dan Syafiq mengenakan mereka dengan cara dan gaya yang lucu.. Petang itu sempat juga Meet-G dan Syafiq karaoke dirumah.. Syafiq memilih lagu ‘Kau kekasih awal dan akhir’.. Katanya lagu itu khas buat Mumtaz.. Hehehehe.. Manakala Meet-G memilih lagu ‘Kau ilhamku’ sebagai pembukaan.. Selepas itu beberapa buah lagu lagi mereka nyanyikan bersama.. Sempat juga aku berduet lagu ‘My heart’ bersama Meet-G..

‘Maksu.. u cakap we go jalan this petang…’ Juan mula merungut kerana kami masih berada dirumah padahal waktu itu sudah jam 3.30 petang.. Hujan lebat pada petang itu melambatkan pergerakan kami.. Selepas solat asar, kami keluar ke bandar membawa Juan, Hawa dan Danial.. Sebenarnya tujuan utama kami ke bandar pada petang itu cuma 1.. Ingin mencari baju dan melihat-lihat apa yang boleh dibawa sebagai buah tangan untuk keluarga Meet-G dan Syafiq.. Namun ianya bertukar apabila Juan mencadangkan untuk duduk berehat-rehat di satu tempat seakan taman di tengah Bandar.. Kami menghabiskan masa disana dengan memakan jagung dan meminum minuman ringan.. Seterusnya meneruskan perjalanan ke kedai lain dan kembali semula ke hotel untuk Syafiq dan Meet-G membersihkan diri..

Malam itu selepas makan malam, kami hanya duduk bersembang bersama keluarga.. Macam-macam topik perbualan yang terkeluar.. Kami juga menyaksikan pertandingan Piala Thomas antara Malaysia dan China.. Semangat yang berkobar-kobar semakin luntur apabila pasukan Malaysia menunjukkan prestasi yang kurang baik dan membuatkan kami yang menontonnya juga beremosi.. Hehehe... Sedang aku menggosokkan baju Meet-G untuk dipakainya keesokan hari, Mazline datang bersama adik sepupunya.. Sempat juga kami berbual seketika, dan Sekali lagi, aku rasa hari yang amat bahagia telah aku lalui.. Walaupun jauh di dasar hati, aku tahu kebahagiaan ini bakal pergi.. Diculik pesawat Air Asia………………..!

0 comments: