Photobucket

...My BesTFRieNDs...

...My BesTFRieNDs...
...PErsaHABaTan YaNG seJAti tiDAk mUnGKin aKAn bERLaLu PerGi...

Monday, May 31, 2010

2nd MEET WITH LOVE MEET-G -4th DAY-




‘Pa.. Jam berapa pi pasar?’ soalku.. ‘Kejap ja lagi.. Siap-siap la sekarang..’ pagi itu kurasakan seperti bermula dengan sedikit lambat sedang hati melonjak-lonjak ingin bertemu Meet-G.. Mungkin juga hanya mainan perasaan ku sendiri, kerana jam masih menunjukkan jam 6.30 pagi.. Hehehe.. ‘Saya sudah siap ni.. Saya tunggu kamu ya..=)’ mesej dari Meet-G.. ‘Saya tunggu papa siap.. Saya sudah siap juga..’ pagi itu papa mahu ke pasar, membeli stok makanan untuk seminggu.. Itulah rutin mingguan papa, setiap hari ahad, seawal jam 7 pagi papa sudah bersedia untuk membeli-belah.. Papa seorang pengurus rumahtangga yang hebat.. Segala perbelanjaan dirumah diaturkan dengan sistematik oleh papa.. Daripada urusan perbelanjaan makan minum, bil-bil yang perlu dibayar, termasuk lain-lain pembelian dan perbelanjaan semuanya diuruskan oleh papa.. Aku sanjung tinggi papaku, papa seorang ‘akauntan keluarga’ yang serba boleh, sebab itulah disayang mama.. Hehehehe…..

‘Saya n papa sudah sampai’ mesej ku kirim pada Meet-G sejurus selepas papa memberhentikan kereta di tepi hotel.. Meet-G sebenarnya sudah lama menunggu ditaman Muhibbah.. Ku lihat dia berjalan menuju ke kereta sambil mengukirkan senyuman, lantas senyumannya ku balas dengan senyuman.. ‘Assalamualaikum..’ ucapnya setelah melabuhkan diri di tempat duduk belakang.. ‘Waalaikumsalam..’ jawabku dan papa serentak.. ‘Aii? Syafiq mana? Kenapa dia nda turun?’ soal papa.. Meet-G memberitahu bahawa Syafiq masih mahu berehat-rehat dihotel.. Sebenarnya papa sudah sedia maklum dengan perkara itu, kerana aku sudahpun memberitahu papa, mungkin saja mahu membuka bicara dengan meet-G..

Pagi itu kami mulakan dengan bersarapan dikedai kopi berhampiran dengan pasar tani.. Setelah bersarapan, kami mula mengelilingi kawasan tersebut mencari-cari barang yang hendak dibeli.. Papa sempat membelikan sedikit makanan ringan buatan orang sabah sebagai buah tangan untuk keluarga Meet-G dan Syafiq.. Dalam sibuk memilih makanan, aku terpandang sebuah bekas kecil berisi seakan jeruk bambangan.. ‘Ini apa ni?’ soalku kepada sesiapa saja yang mendengar.. hehehe.. ‘Eh?ni tempoyak ka ni?’ Meet-G pula mengutarakan soalan.. ‘Iya.. Tempoyak la tu.. Durian Tenom.. Buat sendiri tu..’ Jawab pekerja gerai itu dengan penuh ceria dan mesra.. ‘Waa…. Kamu ni… Semalam daun kesum, hari ni tempoyak lagi.. Adakan di sini?hahahaha…’ Meet-G kelihatan sangat gembira bertemu tempoyak di Labuan.. Aku dan papa hanya ketawa.. ‘Ambil la tu.. Kita cuba satu..’ papa bersuara.. Aku mengambil keputusan untuk berdiam diri, risau dimalukan seperti kemarin.. ‘Waa..Nanti saya maw bagitau mak saya.. Kamu ni banyak songeh, cakap di Labuan tiada daun kesum la.. Tiada tempoyak la.. Ni kan ada ni??’ bebel Meet-G sepanjang perjalanan menuju ke kereta.. Aku hanya ketawa melihat tingkahnya..

Kami pulang ke rumah setelah habis membeli-belah.. Sebentar tadi kami pergi ke pasar ikan juga, tapi masih kecewa kerana ikan patin tetap tiada.. Kami juga pergi ke Utama Jaya, sebuah pasaraya sederhana, namun tidak juga berjumpa ikan kegemarannya.. Nampaknya bukan rezeki Meet-G mahu makan ikan patin disini.. Kami berehat seketika, kemudian mengambil Syafiq dan pergi membeli belah bersama.. Sempat juga kami memilih kain untuk dibuatkan sebagai baju raya.. kali ini dua keluarga akan punyai satu tema warna yang sama.. Mahu tahu apa warnanya, terpaksalah tunggu cerita edisi raya.. Hehehe…

Tengahari itu kami pulang ke rumah selepas selesai membeli belah.. Mama dan papa sedang sibuk didapur menyediakan makanan tengahari.. Kutanya apa yang perlu dibantu, papa menjawab tidak perlu.. Tengahari ini mama dan papa berduet menyediakan makanan tradisi orang kadazan dan orang brunei.. Bagiku, biarlah papa dan mama menyediakn makanan bersama.. Makanan yang tersedia nanti, pasti sedap dan bertambah sedap tanpa diganggu oleh sesiapa.. Kerana mereka punya resepi istimewa iaitu kasih suami isteri ditambah dengan kasih seorang ibu dan bapa, menyediakan hidangan untuk anak-anaknya.. Hehehehe…

Mama meminta Syafiq membacakan doa untuk memulakan makan tengahari itu.. Selesai membacakan doa, makanan pilihan pertama Syafiq dan Meet-G adalah ambuyat.. Mama mengajar mereka cara untuk makan ambuyat tersebut sebelum mereka mencubanya.. ‘Mana dorang punya tempoyak tadi Wer?’ Soal mama.. ‘Eh ya.. Tempoyak tadi mana?’ Meet-G mengulangi soalan yang sama.. ‘Jap’ ringkas saja aku menjawab.. ‘Eh, ni.. Dengan cili sekali..’ sambung Meet-G.. Aku bangun mengambil tempoyak dan lada padi di peti ais setelah siap menyediakan ambuyat untuk Meet-G dan Syafiq.. Ku hidu berkali-kali tempoyak tersebut, ada bau wangi tapi tidak tahu apa rasanya lagi.. Hehehehe.. Aku membesarkan mataku setelah melihat cara Meet-G makan ambuyat.. wah.. Meet-G kunyah! Hahahaha… Belum pernah ku lihat orang mengunyah ambuyat, kerana makanan itu harus ditelan sahaja.. Sifat fizikal ambuyat yang sedikit kenyal dan licin apabila di cicah dengan pencicah, memudahkan pemakan untuk menelannya.. ‘Eh… Nda perlu dikunyah.. hahahahahaha… Telan terus ba tu….’ Kataku lantas dengan pantas ku ambilkan Meet-G air, ku lihat Meet-G seakan menahan diri untuk mengeluarkan makanan didalam mulutnya semula..

Aku mengambil tempat kosong di tepi Meet-G.. Seakan memang disediakan untukku tempat itu.. Hehehe.. ‘Makan la nasi dulu..’ Cadang mama kepada mereka berdua.. Aku simpati pada mereka.. Makanan ini sememangnya baru bagi dua sahabat itu.. Ginava, kali ini mereka mencuba masakan papa, makanan tradisi kaum kadazan.. ‘Sedap!’ Itu komen daripada mereka.. Kali ini mereka dapat menerima makanan tersebut.. Kulihat dua sahabat itu menyukai ginava dan mengambilnya dalam kuantiti yang agak banyak.. Sebentar lagi aku juga akan mencuba makanan yang baru, tempoyak! Meet-G meletakkan sedikit tempoyak diatas pinggan kosong, dan memicit beberapa biji lada padi lalu di gaul bersama.. Kemudian, dia dan Syafiq mengambil sedikit tempoyak tersebut digaulkan bersama nasi dan kuah ikan masak singgam pedas.. Kalau di Labuan, masakan itu dinamakan ikan ampap.. Lain pula namanya di Terengganu, ikan singgam pedas.. ‘Cuba rasa ni..’ Meet-G menghulurkan pinggannya.. Dia sengaja mencampurkan sedikit sahaja tempoyak, risau andai aku tidak suka akan rasanya.. Aku mengambil sedikit nasi yang sudah digaulnya tadi.. ‘Nda rasa pun?’ Aku memberikan jawapan.. ‘Jap.. tadi sikit ja tu..’ dia menambah sedikit lagi bahagian nasi yang digaul dengan jumlah tempoyak yang agak banyak.. ‘Hah.. Rasa ni pula..’ dia kembali menghulurkan pinggannya.. Sebenarnya sebak kurasakan dalam hati.. Aku makan hasil gaulan tangan buah hati sendiri.. Rasa ingin disuap pun ada.. Errr… Kadang-kadang fikiran ni pandai ‘over thinking’.. Hehehehe.. ‘Waa.. Rasa suda.. Umm.. Sedap juga..’ hehehe.. Rasanya boleh diterima lidah tapi untuk menjadikan aku rasa ‘ketagih’ untuk makan tempoyak, rasanya belum ke tahap itu lagi.. Hehehehe.. ‘Sedapkan?’ Aku hanya mengiyakan sambil terus memakan ambuyat..

Setelah selesai semuanya, kami berehat seketika.. Seperti hari-hari sebelumnya, mereka bermesra bersama keluarga.. Rasa seronok dan teruja apabila mendengar anak-anak buah selesa memanggil Meet-G dengan gelaran ‘paksu’.. Meet-G juga seperti selesa dengan panggilan itu.. Dalam hatiku, tidak putus-putus mendoakan agar dialah suamiku…. Moga Allah memakbulkan doaku.. Petang itu, kami keluar lagi.. Kali ini selepas menghantar Abang Sukri ke bengkel kereta, kami bercadang untuk ke Taman Burung dan Chimney.. Namun dipertengahan jalan, hujan menjadi semakin lebat dan kami terpaksa membatalkan niat tersebut lalu singgah dirumah keluarga angkatku.. Hujan terlalu lebat, dengan guruh berdentuman.. Aku turun dari kereta dan kakiku tenggelam hingga ke buku lali oleh air hujan yang membanjiri kawasan halaman keluarga angkatku.. Niatku untuk memberitahu bahawa kami tidak jadi untuk singgah dan mahu balik ke rumah segera.. Belum sempat aku melontarkan kata, Meet-G dan Syafiq sudahpun keluar dari kereta.. Mereka mengambil keputusan untuk singgah sahaja.. ‘Yang mana satu ni Wer?’ Soal mama angkatku.. Aku memandang mereka berdua yang baru saja melepasi pintu rumah.. Ku lihat Meet-G tersenyum dan Syafiq menunjuk Meet-G.. ‘Yang baju kelabu’ jawabku dalam nada perlahan.. Malu juga disoal begitu.. Hehehehe… Usai solat asar, kami minum petang dan makan pisang goreng.. Sambil berborak-borak dengan keluarga angkatku, sempat juga kami melihat-lihat gambar perkahwinan anak pertama mereka..

Sedar tidak sedar, sudah sejam kami berada di sana.. Jam hampir menunjukkan 5petang.. Ku ingatkan Meet-G tentang perjanjiannya bersama Nik, teman sefakulti.. Nik, berasal dari Labuan dan kebetulan rumahnya sekampung dengan keluarga angkatku.. Kebetulan juga hanya berdepan dengan rumah keluarga angkatku.. Kami meminta izin untuk pergi, lalu Meet-G menghubungi Nik.. Dipendekkan cerita, kami bertemu Nik dan Nik mempelawa kami ke rumahnya.. Mulanya aku agak tidak bersetuju.. Tapi apabila Nik sudah bercakap sendiri denganku, aku tidak punya ayat untuk menolak.. Dirumah Nik, kami bertemu papa dan mamanya.. Papanya suka bercerita tentang kisah politik manakala mamanya pula lebih senang berbual tentang topic yang ringan-ringan seperti topic pembelajaran.. Tidak lama disana memandangkan waktu maghrib hampir tiba.. Kami meminta izin untuk pulang.. Sebelum pulang, sempat juga kami singgah di hotel mengambil beberapa barangan untuk di bawa ke rumah….

Usai solat magrib dan makan malam, kami sekeluarga dan dua sahabat itu berehat-rehat di ruangtamu.. Meet-G mengeluarkan laptopnya.. Memasukkan gambar-gambar yang sempat diambil bersama.. Malam itu malam terakhir dua sahabat itu dirumahku.. Terselit satu peristiwa lucu, apabila Meet-G mengulangi sejarah 1st meet.. Kali ini sedang rancak berborak dengan papa dan abangku mengenai filem Avatar yang kurang digemari papa, Meet-G dengan penuh yakin berkata ‘Syok juga ceta tu PAPA……’ Suasana yang riuh menjadi sunyi seketika.. Masing-masing cuba mencari kesahihan dengan apa yang diucapkan Meet-G sebentar tadi.. Mataku berpandangan dengan Syafiq yang ku lihat menahan diri untuk mentertawakan Meet-G.. ‘Errrr… Pakcik……’ sambung Meet-G perlahan seterusnya memecahkan kesunyian yang sebentar tadi bertandang.. Kutahu Meet-G malu.. Namun aku tidak dapat menahan tawaku dengan apa yang berlaku.. Papa berlagak selamba dan hanya tersenyum sinis memandang ke arah TV.. Syafiq dan abangku juga turut ketawa.. Bantal yang ku peluk dari tadi untuk menutup muka, ditarik Meet-G lalu dibalingkan semula padaku.. Yang pasti, perasaan pada malam itu berbeza sekali.. Tersimpan satu rasa yang sukar digambarkan.. Meet-G bakal kembali ke Terengganu.. Aku harus akur, masa tidak akan berhenti berputar.. Lambat atau cepat, aku tahu bukan kehendak kami.. Redha akan perpisahan sementara yang bakal dilalui esok pagi.. Dalam perjalanan menghantar mereka balik ke hotel, suasana sunyi didalam kereta.. Hanya hati memujuk diri agar sabar menahan airmata………..

0 comments: