Photobucket

...My BesTFRieNDs...

...My BesTFRieNDs...
...PErsaHABaTan YaNG seJAti tiDAk mUnGKin aKAn bERLaLu PerGi...

Monday, May 31, 2010

2nd MEET WITH LOVE MEET-G -3rd DAY-


Hari sabtu! Dengan semangat kesukanan yang tinggi, aku dan Meet-G sudah bersetuju untuk mengenakan baju MU.. Sayang sekali Syafiq peminat Liverpool.. Terpaksalah dia mengalah dengan penyokong Manchester United. Hehehe.. Lebih seronok lagi apabila Juan Hawa juga akan mengenakan baju MU nanti.. Pagi itu kami membeli soto buatan jawa untuk dibawa kerumah kak Wendy.. Pagi itu kami akan bersarapan dirumah kak Wendy sebelum keluar ke Bandar.. Selesai bersarapan, sementara menunggu Juan dan Hawa bersiap, aku dan Meet-G sempat membuka Facebook untuk meng’update’kan cerita terkini.. Meet-G dan Syafiq sempat juga melihat-lihat album gambar di rumah kak Wen.. ‘Wer, nanti balik la makan.. Papa masak tengahari..’ panggilan dari papa.. Aku tidak berani untuk mengiyakan pada papa, takut pula andai nanti terasa mahu makan dikedai sahaja.. Namun, setelah memberitahu Meet-G, katanya makan saja dirumah..

Bowling Labuan, Ujana Kewangan.. Diantara aku, Meet-G, Syafiq, Juan dan Hawa.. Meet-G dan Juan adalah orang yang paling semangat mahu bermain bowling.. ‘Paksu.. Jum main.. Jum kita main..!’ Juan menarik tangan Meet-G memasuki arena bowling.. Aku, Syafiq dan Hawa hanya menurut.. Syafiq dan hawa telah setuju turut serta bermain, setelah dipaksa berkali-kali, aku akur.. Tidak sampai hati melihat wajah buah hati sendiri seakan mengharap dan merayu.. Hehehe.. Selesai urusan di kaunter, kami memulakan permainan.. Agak kekok bermain, bercampur baur perasaan malu, segan dan yang paling penting, aku sudah tidak tahu bermain bowling! Sukan bowling sudah lama ku tinggalkan.. Kali terakhir aku bermain bowling adalah pada sukan wanita UMSKAL, setelah sukan ini ku tinggalkan pada tahun 2004.. Itupun tanpa latihan.. Bukan tidak pernah masuk ke pusat bowling.. Jika masuk pun, hanya duduk dan memerhati.. Tapi….., hari ini aku bermain bersama buah hati.. Dan yang pasti, kebahagiaan itu sentiasa menjadi pengiring kita yang setia…. Errr... Terpesong pulak cita ni.. hehehe...

Kami pulang ke rumah, solat, makan tengahari, dan berehat seketika.. Syafiq melayan diri dan Hpnya.. ‘Saya baring ya Wer..’ katanya sebelum dia merehatkan diri di sofa.. Kesian juga Syafiq.. tentu penat berjalan-jalan sekitar Ujana tadi.. Aku dan Meet-G mengambil masa yang ada itu dengan membuka laptop ku dan melihat-lihat gambar yang ada.. Sempat juga kami bergambar menggunakan youcam di laptop.. Indah saat itu sukar digambarkan dengan kata-kata.. Petang itu, selepas asar, kami keluar lagi.. Kali ini kak Yati dan Danial juga ikut sekali.. Kami ke Bandar kemudiannya ke pasar untuk mencari ambuyat dan bahan-bahan yang lain.. Hujan lebat, kenderaan yang banyak tidak menghalang kami untuk meneruskan perjalanan.. Sudah lama Meet-G mengidam.. Hehehe…

Pasar sayur-sayuran dan buah-buahan.. Disanalah destinasi kami.. Hujan yang masih turun sedikit membasahkan pakaian kami.. Kutemui ambuyat digerai pertama.. terus sahaja ku beli tanpa banyak bicara.. Syafiq dan Meet-G sudah sedikit jauh ke depan.. ‘Cuba kamu hidu daun ni..’ Meet-G meminta aku menghidu seikat daun yang tidak aku kenali.. ‘daun apa ni?’ soalku setelah pintanya aku turuti.. ‘Daun kesum ni…’ Syafiq bersuara, lantas disampuk oleh empunya gerai, ‘Iya.. Daun kesum la ni..’ kata makcik itu.. ‘Nee… Adakan daun kesum di Labuan? Ni makcik, ada kawan cakap kat sini daun kesum tiada.. Ni la ni orang yang cakap tiada ni…!’ kata Meet-G dengan nada suara yang agak kuat dan bernada sindiran sambil menudingkan jarinya betul-betul tepat ke arah muka ku.. Kami lantas ketawa dan makcik itu juga turut ketawa.. Aku menjadi malu kerana sebelum ini aku katakan padanya bahawa tiada daun kesum di Labuan.. hehehehe.. ‘Lain kali rajin-rajin pegi pasar’ seloroh Meet-G lagi.. Hahaha.. Aku menjadi bertambah geram padanya kerana telah membuatkan aku malu dihadapan makcik itu.. Syafiq juga mentertawakan aku.. Dua sahabat itu benar-benar mengenakan aku hari ini.. Selesai membeli semua barang di beberapa gerai berasingan, aku mengambil tindakan bijak, iaitu buat-buat merajuk.. Sekadar untuk membuatkan dua sahabat itu berhenti dari mengejek ku.. malunya…………... ~ (^,^)

‘Nda maw kawan kamu!’ kataku laju..
‘alaa.. malu la tu… Hahahahaha… ‘
‘Ah…. Nda maw cakap dengan kamu..! Kan syafiq?’ Aku mengharap simpati Syafiq..
‘Hahahaha.. Saya tak masuk campur..’ Jawab Syafiq selamba.. Aku bertambah malu.. Dalam perjalanan menuju ke kereta, dua sahabat ini masih mentertawakan aku..
‘Tiada daun kesum di Labuan ya…….?’ Meet-G membisikkan kata itu sambil menghadiahkan cubitan di bahu kiriku.. aduh……………. Sejujurnya aku sangat bahagia dengan usikan itu.. Namun aku tidak mahu mengalah.. Mana mungkin aku harus lupakan begitu saja.. Hehehehe..

‘Eh.. Kita jalan mana ni?’ soal Meet-G ketika ingin memulakan pemanduan..
‘Saya nda maw cakap dengan kamu! Minta maaf dulu!’ balasku sambil menjeling kepadanya.. Aku tahu dia memerhatikanku melalui cermin tengah pandang belakang..
‘Hahahahaha… Nda maw… Kak Yati, kita jalan mana ni?’
kak Yati yang tidak tahu hujung pangkal cerita agak tersentak dengan soalannya.. ‘kakak pun nda taw.. Ikut sini la.. Terus balik..’
Meet-G tersenyum puas dapat mengenakan aku hari ini.. Syafiq juga tidak mahu berhenti ketawa.. Aku hanya mampu menahan gelakku kerana tidak mahu mengalah..
‘Eh.. Penyandat ambuyat ada ko beli?’ soal kak Yati.. Ternyata aku tidak membeli alat seperti chopstick itu.. Maka, terpaksalah kami menuju ke pasar itu kembali..

Memandangkan hujan semakin lebat dan tidak ada parking di kawasan berhampiran dengan pasar, aku mengambil keputusan untuk turun sendiri membeli alat itu.. ku pinta saja Meet-G untuk parking di tepi jalan, asal tidak menghalang laluan.. Aku lantas berlari ke kawasan gerai.. Mujur d kawasan itu punya bumbung yang mampu menghalang hujan membasahi diri.. Aku mencari-cari gerai yang menjual alat itu.. Seingat aku, gerai paling hujung tempat aku membeli bahan masakan tadi ada menjual penyandat ambuyat.. Ku percepatkan langkahku kerana gerai itu ku lihat hampir tutup.. Belum sempat ku bertanya harganya, Meet-G muncul ditepiku.. Aku sedikit terperanjat dengan kehadirannya, namun hanya tersenyum melihat wajahnya yang ceria.. Hatiku berbunga-bunga.. My Hero…. Hehehe…

‘Kamu betul-betul malu ka tadi?’ soalnya ketika kami menuju ke kereta..
‘waa.. Mestilah betul.. Malukan..?’ balasku sedikit manja..
‘waa.. Manja la ni?’ balasnya dalam senyuman..
‘mestilah.. Kamu datang minta maaf ka ni?’ saja aku berseloroh.. Menyembunyikan rasa gementar.. Dia hanya ketawa.. ‘Hujan ni.. Tengok? Saya datang bawa payung.. Saya kan hero kamu..’
Aku tergelak mendengar kata-katanya, namun tetap saja jual mahal.. ‘ saya nda maw.. biarlah hujan..’
Aku berjalan sedikit jauh darinya.. Langsung tidak diperdulikan, lalu dia berkata, ‘Nda maw sudah.. Hahahaha…’
Hujung gerai semakin kami hampiri.. Sudah terasa tempias-tempias hujan menyentuh pipi.. Lantas Meet-G membuka payung yang dibawanya bersama, dan mendekatkan jarak diantara kami..
‘Saya minta maaf….’ Sayup suaranya menusuk ke dalam telinga.. Aku tersenyum melihat dia.. Dan seketika pandangan kami bertemu, menyampaikan rasa kasih terus ke hati…. Nasib baik kami tidak menggunakan daun pisang ketika itu.. Jika tidak aku pasti lagu dangdut ‘Memori Daun Pisang’ akan menjadi lagu tema selepas ini.. hahahahaha…. Happy!..... (^,^)

Setelah menghantar kak Yati dan budak-budak ke rumah, aku, Meet-G dan Syafiq menuju ke rumah Mazline.. Hari ini sambutan hari jadi mama, adik dan anak buah Mazline.. Pada mulanya kami ingin batalkan saja niat untuk ke sana.. Namun, tidak mahu menghampakan Mazline dan keluarganya, kami mengambil keputusan untuk pergi juga.. Dirumah Mazline, kami menjamu selera.. Macam-macam ada… Kami tidak lama di sana memandangkan maghrib bakal menyusul.. Makasih Maci.. Kami pun balik dan usai sahaja aku membersihkan diri dan bersolat maghrib, Meet-G dan Syafiq pun meminta izin untuk kembali berehat di hotel….. ~~ Selamat tinggal hari Sabtu… Cepat-cepat tidur.. Agar masa yang berlalu tidak terasa terlalu lama.. Tidak sabar untuk bertemu lagi keesokannya………..(^,^)

*Umi, saya betul-betul berharap dapat habiskan masa 1 hari dengan kamu esok….. ~ ku terima mesej ini dengan hati yang sebak dan senyuman yang amat berat.. Aku tahu, esok hari terakhir Meet-G menghabiskan masa sehari di bumi Labuan ini………. =’)

0 comments: